Thursday, November 4, 2010

laporan ceramah dari aktivitis A2GVP5, konvoi kemanusiaan ke Gaza

Assalamualaikum semua pembaca GBS,

pada hari Khamis, 28 Oktober yang lepas, Alhamdulillah GBSian dapat mendengar perkongsian pengalaman perjalanan Hj Taufek yang baru pulang dari misi konvoi keamanan Viva Palestin ke Gaza. Hj Taufek mewakili NGO Aqsa Syarif sebagai salah satu anggota konvoi dari Malaysia ke Gaza.

Hj Taufek menyampaikan pengalaman beliau kepada hadirin
Peringkat awal perjalanan
Hj Taufek menceritakan bagaimana beliau membuat keputusan untuk pergi menyertai konvoi tersebut. Bermula dari pada panggilan dari Pejabat Aqsa Syarif, persediaan lesen memandu antara bangsa, suntikan vaksin sehinggalah kepada pengumpulan dana bagi membolehkan beliau menyertai konvoi tersebut. Ternyata, niat murni beliau dipermudahkan Allah.

peta perjalanan misi tahun 2009, perjalanan kali ini hampir sama

Bertolak ke UK
Anggota anggota konvoi bertolak menaiki pesawat dari Malaysia ke United Kingdom untuk menyertai peserta konvoi dari pelbagai negara. Dari UK, mereka merentasi Selat Inggeris menggunakan Euro Train. Kemudian melalui Perancis, Itali, Greece, Turki, Syria, Jordan dan Mesir sehingga ke persempadanan El Arish dimana terdapat pintu Rafah yang menhubungkan Mesir dan Gaza.


peserta konvoi membuat demonstrasi di bandar bandar yang mereka lalui

Aktiviti dan Rintangan semasa perjalanan
Antara aktiviti yang dijalankan peserta konvoi ialah mengadakan pameran dan kempen kesedaran dibandar bandar yang mereka lawati kepada penduduk penduduk setempat. Ternyata sokongan kepada pembebasan palestin semakin meningkat.

Rintangan yang dihadapi termasuklah cuaca, kenderaan rosak dan kerenah birokrasi untuk memasuk sempadan Rafah. Peserta konvoi terpaksa menunggu untuk suatu tempoh sebelum dibenarkan memasuki Gaza. Sidang akhbar diadakan sepanjang tempoh menunggu untuk memberi tekanan media kepada pihak berkuasa Mesir supaya memberi kebenaran masuk ke Gaza.

Keadaan Gaza masa kini
Haji Taufek melaporkan bahawa penduduk Gaza terus gigih meneruskan kehidupan walaupun berdepan dengan banyak kepayahan. Golongan muda gigih menghafal al quran dan menimba ilmu di universiti walaupun sedar peluang untuk mendapatkan pekerjaan amat sedikit. Marilah sama sama kita mencontohi kegigihan penduduk di sana.

Antara pengalaman lain menarik
Diantara pengalaman menarik yang dikongsi oleh Hj Taufek ialah bertemu dengan pemuda dari New Zealand. Pemuda ini fasih berbahasa arab dan giat menjalankan aktiviti da'wah di New Zealand kepada penduduk asal disana. Pengalaman lain yang menarik ialah bertemu dengan aktivis dari England yang tidak percayakan tuhan. Aktivis ini berpegang kepada konsep syurga dan neraka ialah kebahagian dan derita di dunia sahaja. Marilah kita berdoa semoga Allah membuka pintu hidayah kepada aktivis tersebut.

Tetap menjaga amal ibadah
Didalam perjalanan yang panjang dari UK ke Gaza, Hj Taufek dan juga anggota Aqsa Syarif yang lain menjaga soal amal ibadah mereka. Seorang ketua dilantik dikalangan peserta konvoi untuk menjadi imam dan membuat keputusan sepanjang perjalanan konvoi.

Jom bermusafir
Antara saranan Hj Taufek ialah umat islam menyemarakkan kembali semangat bermusafir. InsyaAllah banyak pengajaran yang didapati daripada aktiviti bermusafir di bumi Allah ini.


pautan:
http://www.vivapalestina.org/home.htm

No comments: