Tuesday, July 5, 2011

usrah di Islah Educare 30 Jun 2011

Assalamualaikum buat semua GBS,

Alhamdulillah usrah pada minggu lepas berlangsung di Islah Educare, no 50 Taman Pekaka. Usrah kali ini adalah bersempena dengan majlis jamuan durian anjuran IKRAM TL. Bagi yang berpuasa, peluang digunakan untuk berbuka puasa bersama sama dengan rakan rakan.

jamuan dan majlis berbuka puasa beramai ramai merapatkan ukhuwwah

durian bagi mereka yang betul betul menggemari

Ramai pelajar universiti yang menghadiri jamuan kali ini. Ada yang merupakan pelajar universiti luar negara yang pulang bercuti di tanah air bersempena cuti musim panas. Alhamdulillah perkembangan usrah dikalangan pelajar pelajar universiti semakin berkembang.



Tazkirah Isra' dan Mikraj oleh ustaz Syazalie

para hadirin yang sedang mendengar tazkirah Ust Syazalie

Tazkirah oleh ustaz Syazalie mengenai topik isra' dan mikraj. Isra' dan mikraj merupakan perkara ghaib yang wajib diyakini sepenuhnya. Kita boleh mengambil contoh sebagaimana saidina Abu Bakar yang semakin teguh imannya apabila mendapat berita tentang isra' dan mikraj.

Isra' dan mikraj merupakan satu perjalanan Rasulullah melihat kebesaran kerajaan pemerintahan Allah. Rasulullah diyakinkan bahawa Allah Maha berkuasa dan ancaman ancaman daripada pembesar Quraisy yang menentang dakwah tidak sedikitpun menggugat ketentuan Allah.

Didalam peristiwa Isra' dan Mikraj, keyakinan Rasulullah bertambah dan semakin kuat keazaman Rasulullah untuk menyebarkan risalah kebenaran.

Beriman dengan perkara ghaib
Beriman dengan perkara ghaib merupakan antara rukun iman yang perlu kita berpegang teguh. Tanpanya amalan kita akan goyah dan terumbang ambil sepertimana didalam ayat surah Al Baqaran

[2:1] Alif laam miin
[2:2] Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
[2:3] (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib,yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Masjid Al Aqsa yang memerlukan pembelaan, ayuh teruskan usaha

Pada masa kini, tempat berlakunya peristiwa isra' dan mikraj telah dijajah. Penjajahan ini menuntut kepada pembelaan dari kalangan umat islam yang prihatin. Masjid Al Aqsa seharusnya menjadi salah satu medan perjuangan umat islam dalam menegakkan syiar islam. InsyaAllah masjid Al Aqsa akan bebas kembali dan kita seharusnya memperkuatkan usaha usaha kita lagi.

Program program pra ramadhan, jom sertai

Program program pra ramadhan banyak diatur oleh IKRAM Pulau Pinang untuk menyemarakkan lagi persediaan menghadapi ramadhan. Antara program tersebut ialah:

1. 24 Julai - Program Sumbangan Kebajikan IKRAM Timur Laut di Surau An Nur
2. 30 Julai - Program Ekspedisi Kebajikan IKRAM Barat Daya bermula di Masjid Al Huda, Sungai

Pautan:
http://ruangmuslim.com/quran/1722-002-al-baqarah.html

No comments: