Friday, September 23, 2011

rumah terbuka BOMBB 22 Sep 11

Assalamualaikum semua,

pada hari rabu lepas berlangsung rumah terbuka di rumah saudara Kamaruddin Leong iaitu salah seorang dari ahli BOMBB, ( Brotherhood of Masjid Bayan Baru ). Rumah terbuka ini turut mengundang ahli usrah GBS untuk hadir.
antara GBS dan BOMMB yang hadir

Meraikan dan diraikan saudara baru Danish

Alhamdulillah didalam majlis ini juga, saudara Danish yang baru memeluk agama Islam juga diraikan oleh tetamu yang datang. InsyaAllah perkenalan ini dapat membantu menguatkan lagi pengetahuan saudara Danish tentang kehidupan baru sebagai seorang islam.

Pada masa yang sama, tetamu sebenarnya diraikan oleh saudara Danish kerana beliau menyediakan juadah makan malam. Antara juadah istimewa disediakan ialah sup ayam herba ala cina. Antara bahan didalam sup ialah herba herba cina dan juga ubi teratai.

Islam agama yang lengkap

Islam adalah satu agama yang lengkap atau syumul. Kesyumulan islam ini adalah kerana islam menyediakan panduan untuk setiap aspek kehidupan manusia seperti cara menjalankan kehidupan, bekerja dan berkeluarga. Islam meletakkan matlamat yang jelas tentang kehidupan.

Kehidupan kita di alam ini tidak lain sebagai hamba dan untuk beribadat kepada Allah. Rasulullah dan sahabat menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu
( Almaidah ayat 5 )


Terima kasih semua
Terima kasih pada keluarga Kamaruddin kerana mengadakan rumah terbuka. InsyaAllah majlis ini dapat menambahkan lagi kemesraan dalam usrah.

brother brother kita :)

alhamdulillah makanan sedap betul :)


pautan:
http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/

Thursday, September 22, 2011

ceramah mengenai bantuan buat umat islam di Selatan Filipina

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah pada hari rabu minggu lepas, 15 September 2011, satu ceramah mengenai program program bantuan kepada umat islam di Selatan Filipina telah diadakan di Surau Bukit Kecil, Sungai Nibong.


Surau  Bukit Kechil, ada muka buku lagi :)


Ceramah penerangan ini disampaikan oleh Pengerusi ACT Malaysia, ( Action Caring Team ), iaitu satu badan NGO. Ceramah bermula selepas solat maghrib.

Penjajahan lebih 500 tahun


suasana ceramah pada hari tersebut

Penduduk islam di selatan filipina sebenarnya sudah terjajah lebih 500 tahun, bermula dari sepanyol kemudian amerika dan seterusnya ditempatkan dalam negara filipina. Mereka menuntut keadilan untuk mempertahankan akhidah dan juga tempat tinggal mereka.

Sehingga kini kem kem pelarian masih wujud dan bantuan amat diperlukan untuk pembangunan ekonomi dan juga pendidikan.

Antara projek dijalankan ACT disana ialah membaiki kemudahan rumah anak yatim, mengadakan projek ekonomi seperti ternakan dan juga mengadakan telaga telaga wakaf.

Umat islam harus membantu

Sebagai seorang umat islam, kita patut mengambil peduli keadaan saudara saudara kita di sana. Bertepatan dengan ayat dalam surah al Hujurat

[10]
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat ( Al Hujurat )


Menderma menyucikan jiwa muslim

Penceramah juga menerangkan bahawa derma derma yang kita lakukan adalah amalan yang dapat menyucikan jiwa kita dari sifat sifat bakhil. Didalam ayat surah Al Hasyr ada menerangkan perkara berikut.
InsyaAllah sama sama kita banyakkan bantu membantu.

[9]
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya ( Al Hasyr )


Jom wakaf telaga
Bagi penduduk dikawasan pedalaman, bekalan air bersih amat penting untuk kesihatan umum. Jadi telaga telaga tiub dibina untuk membekalkan air bersih. Kos telaga diantara RM 1000 ke RM 1500. Kepada yang berkemampuan, insyaAllah boleh menaja projek wakaf telaga.

Galakan melakukan kebajikan

[261]
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.( Al Baqarah )



InsyaAllah, rezeki yang kita dermakan tidak akan sia sia. Allah akan melipat gandakan pahala.


GBSian menjamu selera di surau selepas ceramah :)

pautan:
http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
http://actmalaysia.org.my/

Friday, September 16, 2011

lagi aktiviti akhir ramadhan GBS yang lalu

Alhamdulillah beberapa lagi aktiviti sampingan GBSian sempena ramadhan.

Maaf kerana tidak dapat memberi laporan awal kerana kekangan tugasan dan juga waktu sepanjang ramadhan lalu :)

Antara aktiviti lain:

Berbuka puasa di rumah Azam, Pantai Jerejak, 24 Ogos 

Saudara Azam mengadakan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat maghrib berjemaah. Alhamdulillah menu mee kuah tulang azam menyelarakan. Moga Allah menganjari saudara Azam.

GBSian menunggu waktu berbuka
Berbuka puasa bersama anak yatim di Yan

GBSian juga mengikuti program anjuran tempat kerja untuk berbuka puasa bersama anak yatim di rumah kebajikan di Yan. Alhamdulillah sumbangan dapat disampaikan kepada anak anak yatim. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

GBSian menyantuni anak anak yatim di yan

Renungan hadith kelebihan memberi makan orang berbuka puasa
moga kita renung hadith ini:

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,i "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". (At-Tirmidzi)


pautan:
http://suraukini.blogspot.com/2011/08/meriahkan-ramadhan-ini-jamuan-berbuka.html
http://rumahbudiyan.blogspot.com/

aktiviti akhir ramadhan yang lalu GBS

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah GBSian telah pun melalui sebulan berpuasa di bulan Ramadhan dan juga meraikan kedatangan syawal sebagai tanda kemenangan. Ramadhan sebagai satu bulan tarbiah atau latihan untuk aktiviti ibadat dan kebajikan.

Antara aktiviti yang telah berjalan sepanjang pengakhiran ramadhan ialah:

Majlis Berbuka Puasa Hidayah Center Pulau Pinang 13 Ogos 2011


Majlis Berbuka Puasa ini bertujuan untuk mengutip dana bagi program program bantuan kepada saudara baru. Alhamdulillah dana yang dikutip membantu banyak program program latihan kepada saudara saudara baru.

Antara program yang dijalankan semasa majlis tersebut ialah forum, solat tarawikh dan juga tazkirah.

GBSian semasa moreh program ( gambar oleh Muadz :) )

Antara penggerak program ini tidak lain dari GBS sendiri iaitu akhi Yusni dan Zaki :)

Iktikaf perdana anjuran IKRAM di Masjid Balik Pulau

Satu lagi program akhir ramadhan yang berlangsung ialah Iktikaf Perdana. Program berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau. Program bertujuan untuk menggalakkan masyarakat islam mengikuti sunnah Rasulullah tercinta yang beriktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir.



Antara pengisian menarik sepanjang program ialah sesi kuliah dan ceramah. Alhamdulillah banyak masa dapat diluangkan beribadat sepenuhnya di pengakhiran ramadhan.

Akad Nikah Saudara Baru di bulan ramadhan
Selain itu, GBSian juga berpeluang menghadiri majlis akad nikah pasangan saudara baru di Masjid Negeri.


pautan:
http://hidayahcentre.wordpress.com/