Monday, March 5, 2012

GBS dalam konvoi kebajikan, 4 Mac 2012

Assalamualaikum semua GBSian,

Alhamdulillah pada hari ahad kelmarin, 4 Mac, GBSian mengikuti konvoi kebajikan yang dianjurkan oleh Belia IKRAM Barat Daya dan I-Club. Kami melawat rumah rumah yang dikenal pasti memerlukan bantuan.

Persediaan konvoi 
GBSian terlibat dalam banyak aktviti persediaan konvoi ini. Diantara aktiviti yang GBSian terlibat ialah membeli barang barang yang akan disumbangkan, menyediakan poster dan banner untuk program konvoi ini.

jam yang akan disumbangkan
persediaan membeli barang barang untuk sumbangan dan aktiviti

Konvoi dalam hujan

barisan rider konvoi kali ini

Konvoi ini bermula dari Masjid Al Huda, Sungai Ara. Pada pagi hari tersebut, cuaca mendung dan hujan mula turun. Konvoi bergerak ke Balik Pulau pada jam 10.00 pagi. Keadaan jalan yang basah menyebabkan kami berkonvoi secara berhati hati. Alhamdulillah pada jam 10.45 pagi kami sampai di Masjid Pulau Betong.


Konvoi sampaikan bantuan
Kemudian kami berpecah kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke rumah rumah yang ingin dibantu. Alhamdulillah pada jam 12.30 kami selesai menyampaikan bantuan kepada rumah rumah yang ingin dibantu. Antara rumah yang dibantu adalah dikalangan warga emas, dan juga mereka yang berpendapatan rendah. Terima kasih kepada Hj Mohd Tuah yang telah menunjukkan kepada kami tempat untuk di beri bantuan pada  lawatan awal sebelumnya.

Antara pengalaman menarik:
1. keluarga warga emas yang dinding rumah menunggu masa untuk roboh.
2. keluarga pasangan yang rumah sangat daif, Alhamdulillah bantuan untuk membaiki rumah sedang disalurkan.
3. keluarga muda 5 orang anak, tinggal dirumah satu bilik sahaja. Namun berasa cukup dengan apa yang ada.

Singgah di kampung terang
Setelah selesai menyampaikan bantuan, kami bergerak ke Kampung Terang kerana terdapat program gotong royong dan kenduri yang dianjurkan JKKK Kampung Terang. Banyak jabatan kerajaan seperti polis, jabatan pertanian, perpustakaan negeri yang membuka gerai di kawasan dewan Kampung Terang. Alhamdulillah banyak usaha membantu penduduk kampung yang dijalankan oleh pihak berwajib dan kerajaan negeri.

Perubahan perjalanan
Untuk menjamu selera setelah selesai berkonvoi dan menyampaikan bantuan di dalam cuaca yang tidak menentu, kami singgah di restoran Peladang berhampiran stesen minyak Petronas balik pulau. Alhamdulillah makanan yang dihidangkan sedap dan menarik. Seterusnya, kami membuat keputusan untuk mengakhiri konvoi di Masjid Daerah Balik Pulau. Rancangan awal untuk pergi ke pantai Pasir Panjang terpaksa ditunda kerana cuaca tidak menentu dan kesuntukan masa.

Tazkirah oleh Syeikh dari Gaza
Kebetulan konvoi kami bertemu dengan Hj Taufek, salah seorang aktivis keamanan Palestin, Aqsa Syarif. Belai membawa bersama Syeikh Dr Abdul Rahman Aj-Jammal, Dekan Darul Al-Quran was Sunnah, Univ of Gazzah,  yang Hafiz quran dari Gaza bersama Ir Abdul Rahim Shehab, Ketua Persatuan Islam Jabaliyyah, seorang lagi rakyat Palestin. Setelah solat zohor berjemaah, kami diberi tazkirah khas.

Hj Latif bersama tetamu dari Gaza ( gambar ihsan Suhaimi :) )

Antara isi tazkirah:
1. Al Aqsa dalam bahaya kerana rejim Israel berusaha untuk merobohkan masjid Al Aqsa
2. Masyarakat Islam di Malaysia mempunyai tanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakan rakan bukan Islam.
3. Berusahalah mempelajari bahasa Arab, ini adalah supaya kita dapat menghayati apa yang kita baca dari Al Quran. Berusaha lah juga agar anak anak di ajar supaya mempelajari bahasa Arab sejak dari kecil.
4. Allah melimpahkan barakah dalam bumi palestin, masyarakat dapat menhafal Al Quran dengan cepat.
5. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada seperti pekerjaan dan lain. Gunakan nikmat nikmat ini untuk Islam. Sesungguhnya kita tidak akan dapat menghitung nikmat yang Allah berikan.
6. Berusaha membantu pembebasan Al Aqsa, samaada dengan wang, tenaga atau dengan doa.

Akhir tazkirah, kami diperdengarkan dengan bacaan Al Quran oleh Syeikh dari surah Al Isra'. SubhanaAllah bacaan yang sungguh menyentuh perasaan dan mengingatkan kita untuk terus berjuang untuk pembebasan masjid Al Aqsa.


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Israa' 17:1)

Permulaan perkenalan dan usaha membaiki diri
Seterusnya, kami mengadakan sesi pengenalan dikalangan anggota konvoi. Seramai 20 orang yang hadir memperkenal diri masing masing. InsyaAllah pada masa hadapan kami akan berhimpun lagi untuk aktiviti aktiviti amal kebajikan.

sesi perkenalan dan juga perkongsian oleh anggota konvoi :)

Azhar dari IktramTeens mengurus aktiviti perkenalan dan perkongsian.
InsyaAllah sesi motivasi akan dilakukan di masa yang lain

Terima kasih :)
Terima kasih kepada penganjur IKRAM Barat Daya. Terima kasih kepada Yang Di Pertua IKRAM daerah barat daya, Hj Latif dan juga setiausaha Zulfahmi yang turun menyertai konvoi ini. Terimakasih juga kepada JKKK Kampung kampung di balik Pulau, Penyelaras Kadun Pulau Betong, Hj Mohd Tuah kerana membantu sehingga terlaksana program kali ini. Terima kasih juga kepada semua yang membantu dan mendoakan aktiviti konvoi berjalan dengan lancar.

InsyaAllah jumpa lagi dilain kali :) dalam siri konvoi akan datang

pautan:
http://www.surah.my/17
http://www.aqsasyarif.org.my/

No comments: