Assalamualaikum semua GBSian,
|
antara poster promosi program yang akan diadakan |
Alhamdulillah pada hari jumaat lepas, GBSian sempat mengikuti konvoi berkereta ke Stadium Malawati Shah Alam bersempena Global March to Jerusalem ( GMJ ). Sebanyak empat buah kereta berlepas dari Pulau Pinang ke Shah Alam pada jam 10 pagi. Konvoi dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor USM di padang kawad USM. Antara anggota konvoi kali ini ialah Hj Taufek yang pernah mengikuti misi Viva Palestine yang berkonvoi dari London ke Gaza sejauh 5000 kilometer.
|
Faiz, Shahidan dan Aris menyiapkan bendera kecil |
|
para wakil dari universiti mendengar ucapan dari Hj Taufek |
|
wakil pelajar turut berucap untuk menyatakan sokongan terhadap usaha GMJ |
|
barisan kereta yang menyertai konvoi dari USM |
Konvoi seterusnya berhenti di hentian rehat Juru untuk berkumpul dengan anggota konvoi lain yang menunggu di sana. Hj Rashid Hasnon yang bersemangat memberi kata kata semangat kepada anggota anggota konvoi. Hj Rashid Hason juga pernah mengikuti aktiviti konvoi ke Gaza pada bulan ramadhan. InsyaAllah Masjid Al Aqsa akan dibebaskan semua.
|
konvoi bergambar di hentian Juru |
|
Hj Rashid memberi kata kata semangat kepada para ahli konvoi |
Seterusnya konvoi bergerak ke Perak. Kami berhenti solat di Kuala Kangsar. Sempat juga singgah ke kedai membuat pasu yang tidak jauh dari susur keluar Kuala Kangsar. Konvoi bergerak lagi menuju destinasi Stadium Malawati, hentian terakhir di buat di simpang pulau untuk menunggu rombongan dari Kedah.
|
masjid lama di Kuala Kangsar yang dibaik pulih |
|
kedai pasu yang berada di Kuala Kangsar |
|
kereta konvoi dengan pelekat Aqsa Syarif |
Setelah rombongan bas dari Kedah sampai, konvoi bergerak ke Hentian Jejantas Sungai Buluh. Disana pengiring pengiring konvoi bermotosikal menunggu untuk mengiringi kami ke Stadium Malawati. Alhamdulillah dengan kecekapan mereka, kami dapat tiba dengan selesa di stadium Malawati walaupun ketika itu warga kota memenuhi jalanraya untuk pulang ke rumah dari kerja.
|
para ahli konvoi mendengar penerangan dari pengiring bermotosikal |
|
salah sebuah kereta konvoi bersama pengiring bermotosikal |
Di stadium malawati, kami menunaikan kewajipan solat di kawasan pejalan kaki berdekatan dengan tempat letak kereta. Surau dipenuhi dengan jemaah yang hadir lebih awal. Alhamdulillah kami dapat menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke dalam stadium.
|
ahli konvoi bersiap untuk menunaikan solat |
|
solat dikawasan lapang sebelum berjalan kaki menuju ke stadium |
|
alhamdulillah semua ahli konvoi selamat sampai di stadium malawati |
Acara acara di malam Global March To Jerusalem
Acara GMJ dimulakan lebih kurang jam 9 malam. Pengacara majlis pada malam tersebut ialah Ally Iskandar dan juga Nurul Iman dari Tv al hijrah. Kata kata ucapan daripada Dr Musa dan Dr Tahir memulakan majlis tersebut. Seterusnya rakaman ucapan daripada perwakilan parlimen britain George Galloway dan juga ucapan dari perdana menteri Gaza Ismail Haneyya.
Kemudian acara persembahan oleh artis artis terkenal seperti Yasin, Muadz dan Mirwana menyerikan acara pada malam tesebut. Lagu lagu yang dinyanyikan berkaitan dengan tema pembebasan Palestin dan juga keamanan.
Pada malam tersebut juga, penyampaian sajak, pandangan dari wakil pelbagai bangsa diadakan. Acara ini memberi kesedaran kepada para hadirin yang hadir bahawa isu penindasan di Masjid Al Aqsa adalah isu yang benar dan memerlukan pembelaan setiap insan tanpa mengira latar belakang bangsa. Sesungguhnya penindasan yang berlaku tidak mengenal batas bangsa dan negara. Jadi umat manusia ini perlu kepada penyelesaian kepada isu isu kemanusiaan sejagat.
Tonjolkan Islam sebagai agama cintakan keamanan dan kebebasan
Hasil daripada menyertai konvoi GMJ ini, GBS dapat merasakan penghayatan Islam sebagai agama yang mengajak umatnya cintakan kepada keamanan. Penindasan memerlukan pembelaan dimana sahaja ia berlaku. Umat Islam adalah bersaudara. Tanah Baitul Muqaddis dimana terletaknya Masjid Al Aqsa telahpun diwakafkan oleh Saidina Umar sebagai warisan umat islam. Umat manusia dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama bebas melaksanakan aktiviti masing masing. Umat Islam telah membuktikan bahawa Islam menghormati kebebasan ini beratus tahun lamanya. Sesungguhnya umat islam lah selayaknya menjaga bumi yang penuh barakah ini.
Hadirlah kita menyahut panggilan pembebasan Masjid Al Aqsa
Ayuh kawan kawan, kita sahut panggilan membebaskan Masjid Al Aqsa. Saudara seagama kita di sana sudah lama berkorban untuk mempertahankan Al Aqsa yang mulia ini. Marilah kita sama sama berada dalam barisan saf saf yang kukuh untuk membantu membebaskan Masjid Al Aqsa. Berilah sumbangan tenaga dan harta supaya beroleh kita catatan sebagai satu amal kebajikan kita.
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-Saff 61:10)
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(As-Saff 61:11)
pautan:
http://www.mygmj.org/
http://www.surah.my/61
2 comments:
Wah, sangat menginspirasi... menambah ghiroh..
Post a Comment