Tuesday, April 3, 2012

usrah GBS di program bersama selibriti Sham Kamikaze

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah pada 21 Mac 2012, (selasa ) GBSian dapat menghadiri sesi program bersama selibriti Sham Kamikaze di Dewan Balora Mastika di Pekan Kongsi Balik Pulau.

Imran dengan set PA system utk majlis malam tersebut


Antara pertolongan yang GBSian hulurkan ialah tempahan PA system oleh Imran dan rakannya Din. GBS juga membantu jualan barangan Aqsa Syarif.


latar belakang pentas dinaikkan dalam persiapan majlis

Persiapan berlangsung pantas dari jam 7 petang sehingga jam 8.30 malam. Kain rentang untuk latar belakng pun dipasang. Solat berjemaah tidak dilupakan walaupun dalam kesibukan waktu menjalankan tugas.

solat berjemaah praktikal dimana mana :)

Sesudah waktu isya', hadirin mula membanjiri dewan. Mula mula sedikit, kemudian beransur ansur semakin ramai sehingga memenuhi dewan.

Program bermula pada jam 9.00 malam. Sham Kamikaze menceritakan kepada para hadirin tentang perjalanan hidupnya dan juga memberi nasihat kepada anak anak muda supaya cintakan masjid. InsyaAllah golongan pemuda yang cintakan masjid layak mendapat jaminan syurga Allah S.W.T.

para hadirin memenuhi dewan balora mastika, Alhamdulillah :)

Hiburan masa kini

Disamping itu, Sham juga mengingatkan para hadirin tentang hiburan masa kini yang amat melalaikan. Manusia begitu mudah dikumpulkan untuk program program hiburan. Di dalam Islam, hiburan tidak ditegah, tetapi hendaklah dibatasi supaya mengikut peraturan Islam dan tidak sehingga menyebabkan kita lalai daripada mengingati Allah.

Hidayah daripada Allah

Sham menerangkan bagaimana beliau mendapat hidayah. Berkat doa daripada seorang ibu akhirnya Allah memberi Sham hidayah untuk mengamalkan Islam sebagaimana yang dituntut. Alhamdulillah perubahan ini membawa ketenangan dalam hidup. Ini dapat dilihat daripada penampilan dan gaya tutur Sham semasa memberi nasihat.

Nasihat kepada penggemar FB, hebatkan dakwah :)

Sham menerangkan kepada para hadirin terutama golongan muda. Facebook yang menjadi antara gaya hidup masa kini sepatutnya digunakan untuk menyebarkan dakwah dan mengajak orang melakukan kebaikan. Biar kita gunakan FB sebagai medium menyebarkan kebaikan. Ayuh jadi ejen ejen atau pembantu penyebarkan agama Allah ini. Moga kita menjadi insan insan yang bermanafaat buat orang lain.

No comments: