Wednesday, May 18, 2011

aktiviti sebulan usrah, April dan Mei 2011

Assalamualaikum semua pembaca Usrah GBS,

alhamdulillah dengan kesempatan yang ada, blog ini akan dikemaskini lagi dengan aktiviti aktiviti yang dijalankan GBS,

antara aktiviti:

Ziarah rumah Hafiz 27 April 2011

GBSian mengadakan usrah di rumah pengantin baru kita, saudara Hafiz. Alhamdulillah aktiviti ziarah menziarahi rumah sahabat sahabat kita dapat menguatkan ukhuwwah sesama kita.

ziarah ke rumah saudara kita menjadikan sebahagian daripada aktiviti usrah



Futsal bulanan Belia IKRAM 13 Mei 2011

Futsal bulanan belia ikram yang berlangsung di Best Bola Bola Mak Mandin bertujuan untuk mengumpulkan GBSian dalam satu aktiviti riadah. Aktiviti riadah disertakan dengan solat isya' secara berjemaah dan tazkirah untuk sama sama kita renungi dan muhasabah diri.

Tazkirah mengenai peristiwa hitam bagi umat islam iaitu Nakba pada 15 Mei diperingatkan kepada para pemain yang hadir.

aktiviti riadah bersama menguatkan ukhuwwah dan menjadi menjadi antara medan medan da'wah


Qiyam bulanan pada 14 Mei 2011, Kisah Bani Israel

Antara aktiviti qiyam bulanan termasuk pengajaran
dari kisah kisah kehidupan para sahabat Nabi Muhammad  

Qiyam bulanan disertai oleh GBSian di Surau Lebuh Nipah. Majlis bermula dengan kuliah mengenai kisah kisah umat terdahulu oleh Ustaz Syazalie. Pada bulan ini, Ustaz Syazalie ada menyebut tentang kisah Bani Israel. Mereka satu ketika dahulu pernah menjadi umat yang mulia kerana mereka menurut perintah Allah. Bagaimanapun, dengan kemuliaan yang dikurniakan Allah, mereka menjadi sombong dan bongkak. Perintah perintah Allah mula ditinggalkan dan seruan seruan yang disampaikan oleh Nabi Musa mula dicabar.

Padahal, Allah memberi kemuliaan bukanlah berdasarkan sesuatu kaum sahaja. Tetapi Allah memberi kemuliaan kepada mana mana kaum yang patuh kepada perintah Allah.

Kisah bongkak Bani Israel diceritakan Allah didalam Al Quran. Kesombongan mereka menyebabkan Allah akhirnya melaknat mereka.

[24]
Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”.
[25]
Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu”.
[26]
Allah berfirman: “Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya – selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu”.


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/5-al-maidah/

No comments: