Friday, February 27, 2009
Thursday, February 26, 2009
Usroh 25 Feb
Pengisian malam 25hb dimulai dengan Tazkirah Alam Barzah, Sirah Perang Mu'tah, Tazkirah Sifat Buruk vs Rekaat Solat
Amal Vs Sisa Umur
Saban waktu kita melalui kawasan perkuburan, pernahkah kita terfikir bahawa satu hari nanti kita pasti berada di situ. Batu nisan, tanah merah, kain kafan pasti jadi milik kita nanti. Ketika itu mulut dikunci, tangan digari, kaki diikati, tiada siapa lagi bersama kita.
Namun apakah kita sudah bersedia memasuki Alam Barzakh???
Cuba kita bermuhasabah, sepanjang tempoh dari kita aqil baligh sampai sekarang, sudah berapa rekaat solat yang telah kita kerjakan?
Apakah ribuan rekaat solat kita mampu membawa kita ke syurga?
Apakah puluhan ribu rekaat solat kita itu mampu menghindarkan sifat-sifat buruk, fahsya wal munkar dari diri kita?
Apakah solat yang kita lakukan itu berkualiti? Khusukkah kita semasa solat?
Sementara sisa umur yang masih ada ini, marilah kita baiki balik solat kita. Jadikan solat sebagai pembentuk peribadi diri kita...
Solat tiang ugama.
Thursday, February 19, 2009
Usroh 18 Feb
Pengisian Tazkiroh: CINTA
Pada 14 Februari lalu, ramai yang tersasar menyambut Hari Valentine kononnya menyemarakkan cinta. Tapi mereka tertipu dengan tipuan syaiton di balik bayangan cinta.....
1) Orang yang kemaruk cinta selalu ingat pada orang yg dicintai, setiap detik setiap masa ingat pada kekasihnya, selalu kata yg baik2 saja, selalu puji kekasihnya.
>> Hamba yang mencintai Allah selalu ingat Allah pada setiap masa, selalu memuji Allah dengan berzikir.
2) Sang pencinta akan memuja memuji kekasihnya dengan mengalunkan nyanyian lagu cinta dengan menghafaz lirik-lirik lagu cinta pada warkah surat-surat cintanya.
>> Hamba yg cinta pada Robb nya, akan memuji Allah dengan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dengan menghafaz ayat quran.
3) Manusia yg bercinta akan sentiasa tertunggu-tunggu panggilan telefon dari kekasihnya, jika boleh mahu di angkat pada panggilan yang pertama. Tidak mahu ada misscall. Mahu bercakap selama mungkin dengan kekasihnya.
>> Hamba yang mencintai Allah akan sentiasa menunggu panggilan Azan bagi bercakap dengan Allah melalui solatnya, kalau boleh tidak mahu tertinggal takbir pertama dan mahu solat di awal waktu.
Cintakan bunga, bungakan layu...
Cintakan manusia, manusiakan mati..
Cintai Allah, cinta abadi.........
Wednesday, February 11, 2009
Kesan Kegawatan Eknomi Dunia Terhadap Industri Elektronik
Salam,Masa yang terluang ini saya mengambil kesempatan mencari artikel-artikel/berita yang ada berkaitan dengan kesan kegawatan ekonomi terhadap industri elektronik.
Jadi, ada tiga artikel/berita yang menarik minat saya untuk dibaca dan dikongsi bersama dalam blog ini:
http://azwandotnet.blogspot.com/2009/02/kesan-kegawatan-eknomi-dunia-terhadap.html
Jadi, ada tiga artikel/berita yang menarik minat saya untuk dibaca dan dikongsi bersama dalam blog ini:
http://azwandotnet.blogspot.com/2009/02/kesan-kegawatan-eknomi-dunia-terhadap.html
Monday, February 9, 2009
Aktiviti GBS 8 Feb
1) Memenuhi jemputan Walimatul Urus Putri DD
- turut hadir wakil GBS kajang
2) Trip to RFC, Sg. Petani
- 730pm: jemaah magrib di Lebuh Nipah
- 8.40pm: Jemaah isyak di Masjid Sb. Jaya (tjumpa sorang YB)
- 920pm : exit tol SP Utara, lalui bandar SP, ada perarakan Taipusam. Jalan jem skit. Ternampak ade gak org melayu muslim pi bniaga air tepi jalan sempena Taipusam ini.
- 9.40pm: tiba di RFC, beratur 30 minit, cari seat, order Pakej B.
- 11.20pm : bertolak balik ke Penang
** Masa kat masjid Sbrang Jaya terjumpa YB, rasa happy n teruja. Masa kat RFC plak tjumpe CEO RFC sendiri, juga terasa bangga and seronok dpt tgk live. Tetapi tak dapat dibayangkan bagaimanakah perasaannya bila terjumpe Rasulullah kelak??? Huhuhuhu
pengisian usroh 4 feb
GHIBAH :
Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud: Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya? Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta. (riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: “ghibah ialah seseorang itu menyebut mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya dengan lafaz atau isyarat”.
Ada juga yang berkata ketika dia mengumpat: “aku berani kata depan dia (orang yang diumpat), sedangkan dia tidak sedar perbuatan tersebut adalah lebih menyakitkan saudaranya”.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)
Ibnu Mas’ud pernah berkata: Kami pernah berada di tempat Nabi SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang lelaki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada lelaki ini: Bertambah gemuklah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus menjadi gemuk sedangkan saya tidak makan daging? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu. (riwayat Thabarani dan Bukhari).
Hukum mengumpat pula seperti yang diungkap oleh Imam al-Qurtubiy: “Tiada khilaf (perselisihan) di kalangan ulama mengenai hukum mengumpat, sepakat mengatakan bahawa hukum mengumpat adalah termasuk dalam dosa besar, pengumpat wajib bertaubat di atas perbuatannya.
Manakala Ibn Hajar al-Haithamiy berpendapat: “setiap dari kedua perbuatan mengumpat dan mengata haram dengan kesepakatan ulama”.
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging
manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)