Thursday, February 26, 2009

Usroh 25 Feb


Pengisian malam 25hb dimulai dengan Tazkirah Alam Barzah, Sirah Perang Mu'tah, Tazkirah Sifat Buruk vs Rekaat Solat




Amal Vs Sisa Umur


Saban waktu kita melalui kawasan perkuburan, pernahkah kita terfikir bahawa satu hari nanti kita pasti berada di situ. Batu nisan, tanah merah, kain kafan pasti jadi milik kita nanti. Ketika itu mulut dikunci, tangan digari, kaki diikati, tiada siapa lagi bersama kita.

Namun apakah kita sudah bersedia memasuki Alam Barzakh???

Cuba kita bermuhasabah, sepanjang tempoh dari kita aqil baligh sampai sekarang, sudah berapa rekaat solat yang telah kita kerjakan?

Apakah ribuan rekaat solat kita mampu membawa kita ke syurga?

Apakah puluhan ribu rekaat solat kita itu mampu menghindarkan sifat-sifat buruk, fahsya wal munkar dari diri kita?

Apakah solat yang kita lakukan itu berkualiti? Khusukkah kita semasa solat?

Sementara sisa umur yang masih ada ini, marilah kita baiki balik solat kita. Jadikan solat sebagai pembentuk peribadi diri kita...

Solat tiang ugama.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, tazkirah yang cukup menginsafkan. Lain daripada yang lain. Boleh jadi bakal penceramah Palestin. Allahuakbar

Kembara Hati Sang Jejaka said...

sape purnama ni?