Friday, December 4, 2009

Fiqh Keutamaan - Rumusan Khutbah DD di Masjid Gelugor pada 4 Dis 2009

Bismillahirrahmaanirraheem...

Isi khutbah memfokuskan kepada Fiqh Aulawiyat atau bermaksud Fekah keutamaan. Sejak akhir-akhir ini ramai orang membangkitkan tentang isu perbezaan pendapat diantara ulamak-ulamak dan membeza-bezakannya dengan golongan tua atau muda, mazhab kepada mazhab yang lain, wahabi dan tradisional, walaupun perbezaan-perbezaan ini bukanlah isu pokok. Isu khilafiah tidak wajar dijadikan batu pemisah kepada sesama Islam. Yang penting bukanlah isu-isu ranting seperti ni (baca Yasin mlm Jumaat, azan kedua solat Jumaat, baca hadis nabi melarang bercakap ketika khutbah, talkin) tetapi yang penting adalah perpaduan sesama Islam, mentauhidkan tuhan yang satu dan mengikut syariat Nabi Muhammad saw. Jika ada perbezaan pendapat, haruslah kita berlapang dada kerana kedua-duanya betul seperti contoh membaca Yasin pada mlm Jumaat. Golongan salafi betul dengan pendapat tidak wajar membaca Yasin pada mlm JUmaat sahaja dengan hujah bahawa Rasulullah dan sahabat-sahabat tidak mengamalkan begitu malah mereka membaca Al-Quran setiap hari. Golongan Islam tradisi di Malaysia pun betul juga kerana mungkin pada mereka membaca Yasin pada mlm Jumaat dapat menggalakkan kita membaca Quran sedikit-sedikit daripada tiada langsung.
Perbezaan pendapat ini bukanlah terjadi diwaktu akhir-akhir ini sahaja malah telah berlaku sejak lama dahulu, sahabat-sahabat nabi berbeza pendapat, bahkan nabi-nabi pun berbeza pendapat. DD memetik kisah nabi Daud dan nabi Sulaiman dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 78 and 79 yang mengisahkan perbezaan pendapat merekan berdua untuk menyelesaikan masalah haiwan peliharaan seorang lelaki memakan hasil tanaman lelaki yang lain. Nabi Daud mempunyai cara penyelesaian tersendiri, nabi Sulaiman memberi pendapat yang jauh berbeza dengan nabi Daud. Kedua-duanya betul berlandaskan hujah tetapi Allah berkata Dia telah memberikan Nabi Sulaiman sedikit kelebihan ilmu dan pendapatnya lebih tepat. Kemudian Allah berfirman memberikan pengiktirafan kedua-duanya diberikan hikmah dan kelebihan masing-masing.
Pengajarannya adalah perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam, tetapi hendaklah berlandaskan hujah dan nas-nas yang sahih. Ia juga satu nikmat kepada manusia supaya manusia dapat mempermudahkan urusan. Sebagai contoh mengikut mazhab Syafie membayar zakat hendaklah mengikut makanan ruji masyarakat tempatan. Mengikut mazhab Hanafi pula memadai membayar zakat dengan wang. Kedua-duanya tepat kerana mempunyai nas tetapi lebih reasonable dan mudah membayar zakat dengan wang atau sesuatu yang bernilai kerana masyarakat sekarang ada yang tidak makan nasi, hanya makan roti dan sayur sahaja.
Tidak wajar bergaduh kerana isu-isu ranting kerana banyak lagi kerja-kerja yang lebih utama seperti mengajak mat-mat rempit kepada aktiviti yang berfaedah, dakwah kepada remaja-remaja dll. Semua kerja-kerja ini walaupun nampak remeh tetapi ianya kerja besar untuk mengajak orang kembali kepada Islam.
Banyak lagi yang DD sentuh tapi ini sahaja yang dapat diingat buat masa sekarang utk ditulis. Wallahua’lam.
Regards,
Syed
04-680 8975

1 comment:

majid said...

tq for yr note