Tuesday, July 27, 2010

Laporan Ceramah Dr Abdullah: 27 Julai 2010

Alhamdulillah ceramah Dr Abdullah telahpun berlangsung pada 26 Julai 2010 di USM,

Dr Abdullah merupakan seorang "visiting lecturer" di University of California, US.

Dr Abdullah menyampaikan ceramah sambil dipengerusikan oleh Dr Roslan


Kehidupan menyembah berhala berhala
Dr Abdullah antara lain menerangkan tentang bagaimana perjalanan kehidupan beliau. Bermula daripada kehidupan sebagai konsep kepercayaan menyembah makhluk. Akhirnya dia mempersoalkan anutan agamanya apabila melihat banyak ketidak samaan antara amalan dan realiti kehidupan penduduk penduduk seperti sistem kasta yang menindas. Beliau juga mendapati bahawa mereka yang datang menyembah mempunyai pelbagai niat dan tujuan penyembahan yang tidak semestinya dengan tujuan menyembah pencipta.

para hadirin yang setia mendengar
Menjadi Athiest dan kemudian Buddha
Beliau akhirnya menjadi seorang yang tidak mempercayai mana mana agama. Namun, kehidupan sebagai seorang "athiest" tidak lama apabila beliau menganuti pula agama Buddha. Belia ada menulis buku agama Buddha yang telah tercetak mencecah jutaan buku. Semakin lama dalam buddha, beliau bagaimanapun menemui perkara yang sama dengan anutannya sebelum ini dimana moral tanpa bertunjangkan kepercayaan kepada tuhan yang kukuh. Ini menyebabkan beliau mencari cari lagi agama yang sebenarnya.

hadirin sanggup menunggu sehingga jam 11.15 malam
Akhirnya menemui hidayah Islam
Beliau akhirnya mula mentelaah terjemahan al quran. Beliau sudah mula yakin dengan kebenaran alquran walaupun belum menghabiskan surah Al Baqarah. Beliau yakin bahawa Al Quran adalah kalam Allah dan al quran seolah olah satu dialog Allah dengan dirinya sendiri. Akhirnya setelah hampir 10 tahun pengajian dan penelitian tentang al quran, sirah nabi dan hadis,  beliau mengumumkan keislaman beliau.

Keistimewaan wuduk
Dr Abdullah juga menerangkan bahawa wuduk yang sempurna mampu menjaga kesihatan badan. Ini kerana terdapat penyakit yang disebabkan oleh sel sel kulit yang mati. Apabila sel kulit ini terkumpul terutama diantara celahan jari, ia boleh menyebabkan penyakit yang kronik.

GBS kali ini

Brother Kamaruddin bertanyakan persoalan tentang pandangan Dr. Abdullah tentang agama buddha. Dr Abdullah menyatakan bahawa ajaran Buddha banyak berkaitan dengan moral. Namun kebanyakan pengikut tidak mengamalkan kepercayaan mereka.

Rakaman video ada dibuat, insyaAllah akan dikongsi untuk manafaat bersama.

GBS dan Dr Abdullah


InsyaAllah jumpa lagi

1 comment:

hentian said...

muga rahmat allah turun ke atas dr abullah. sayang tidak berpeluang hadir.