semalam berlangsung usrah di rumah azam, pantai jerejak
Alhamdulillah kali ini ahli usrah bertambah lagi dua orang iaitu akhi Salmi dan Hadi.
GBSian mengalu alukan kehadiran akhi Salmi ( berkupiah putih) dan akhi Hadi, baju merah hitam |
Malam usrah diadakan sedikit jamuan. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan juga perbincangan awal surah Al Qalam.
bacaan Ma'thurat menjadi rutin harian ahli usrah pagi dan petang dalam prosess kita mendekatkan diri kepada Allah |
akhi amir, shahrul dan husni |
akhi Hafiz, Imran dan Azam ( tuan rumah ) |
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis
Pada permulaan surah Al Qalam, Allah menggunakan huruf hijaiah (Nun) yang antara tujuan ialah untuk menarik perhatian manusia tentang Al Quran yang merupakan kalam Allah S.W.T. Bagaimana mungkin, Rasulullah mampu menghasilkan dan memikirkan untuk menggunakan huruf huruf sedemikian kerana baginda sendiri adalah seorang yang tidak tahu menulis dan membaca.
[1]
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
[2]
Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
Akhlak Rasul tercinta kita..
Kemudian dinyatakan bahawa Rasulullah mempunyai akhlak yang amat mulia. Jadi akhlak Rasulullah yang kita amat cintai menjadi contoh kepada umat islam untuk diamalkan dalam kehidupan.
[3]
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
[4]
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
Sahabat usrah dari jauh
Selain itu, usrah malam tersebut diserikan lagi dengan kehadiran akhi Faizal yang sekarang ini bertugas di Kuala Lumpur. Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan teman teman seperjuangan.
akhi Faizal (kiri ) dan akhi Omar |
Pena dan peluang berda'wah
Akhi Yusni menerangkan bahawa mereka yang menggunakan pena atau penulisan dalam melakukan da'wah berupaya mendapat ganjaran pahala yang besar. Lihat sahajalah bagaimana kitab kitab himpunan yang dituliskan oleh imam Nawawi dan juga imam imam yang lain. Mereka berjuang menggunakan kekuatan pena. InsyaAllah pahala memberati berdakwah dengan mata pena membolehkan kita mendapat pahala setanding orang yang berjuang dan syahid dijalan Allah. Risalah da'wah oleh Fathi Yakan dan Buya Hamka juga sampai kepada kita melalui penulisan penulisan menggunakan pena...
Ayuh kita sambung usaha usaha da'wah ini menggunakan teknologi terkini seperti internet, FB dan lain lain lagi.
Sekian dulu, insyaAllah banyak lagi artikel menarik utk dikongsi oleh GBSian. InsyaAllah sama sama kita mengambil peluang untuk berkongsi
pautan:
http://www.alquran-melayu.com/68-al-qalam/
pautan:
http://www.alquran-melayu.com/68-al-qalam/
1 comment:
muga allah rahmati kehidupan anda hendaknya..
Post a Comment