Friday, December 24, 2010

walimatul urus Haris dan pasangan di Kedah, 23 Disember 2010

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah ana dapat sampai ke kenduri kahwin Haris dan pasangan di Alor Setar, Kedah. Rombongan Haris diiringi oleh keluarga Haris dan juga rakan sekerja Haris.

selamat pengantin baru Haris dan pasangan :D

Moga Haris dan pasangan semakin bahagia dan dimurahkan rezeki dan anak anak. InsyaAllah sama sama kita ikram saudara baru kita ini.

sawah padi yang sayup mata memandang

Kenduri diadakan dirumah nenek keluarga pengantin perempuan. Rumah yang terletak di perkampungan dan dikelilingi sawah padi yang sayup mata memandang.

Monday, December 20, 2010

aktiviti usrah seminggu

Assalamualaikum buat semua warga GBS,

Alhamdulillah sepanjang minggu lepas telah berlangsung beberapa program menarik,


Iftar( Berbuka puasa ) dan ceramah  Dr Muhammad Asri Zainul Abidin (MAZA) di Surau An Nur

akhi Asyraf Tan, Husni dan Kamaruddin Leong berbuka puasa

ceramah oleh Dr MAZA

orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah

Pada 16 Disember telah berlangsung majlis berbuka puasa dan juga ceramah oleh Dr MAZA di Surau An Nur.
Alhamdulillah ramai yang datang mendengar ceramah oleh Dr MAZA. Ceramah berkisar tentang peristiwa Hijrah Nabi dan juga sejarah yang berlaku selepas itu.

Antara fakta menarik ialah bulan berlaku hijrah Rasullullah dan juga tarikh permulaan kalendar Hijrah adalah dua bulan yang berbeza. Pemilihan Hijrah sebagai permulaan kalendar islam dibuat pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab.

Walimatul Urus akhi Iqbal

Pada 18 Disember yang lalu berlangsung majlis kenduri akhi Iqbal di Pantai Jerejak. Tahniah buat akhi Iqbal dan juga pasangan. Moga menjadi pasangan penda'wah yang mantap insyaAllah.


Kursus pengurusan Jenazah anjuran belia 4B

Pada 19 Disember pula, berlangsung kursus pengurusan jenazah anjuran Belia 4B dengan kerjasama e-Jenazah di Masjid Pantai Jerejak. Program disertai oleh lebih kurang 50 orang belia lelaki dan perempuan. Alhamdulillah banyak ilmu pengurusan jenazah yang diperolehi para peserta dari saat kematian jenazah, memandikan jenazah sehingga ke proses mengkafankan jenazah.

pendaftaran
ustaz Wahab memberi ucapan alu aluan

buku amali yang dibekalkan e-Jenazah

antara belia belia yang hadir

latihan amali turut diadakan

amali memandikan jenazah
barisan belia 4B pantai jerejak, syabas atas penganjuran

ustaz Arif menyampaikan tazkirah penutup


Kematian yang pasti untuk renungan bersama
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو 
ولد صالح يدعو له

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Thursday, December 9, 2010

bowling usrah gabungan di Ampang Bowl, Summit Bukit Mertajam, 7 Dec 10

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah semalam berlangsung perlawanan bowling di Ampang Bowl, Summit Bukit Mertajam. Tarikh yang dipilih adalah cuti awal muharram bagi kebanyakan pekerja. GBSian berkumpul dahulu di perkarang Masjid Bayan Lepas untuk bergerak sekali. Pagi pertandingan menyaksikan hujan renyai renyai di Pulau Pinang.

GBSian menanti giliran bermain

Perlawanan bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Perlawanan ini menyaksikan pasukan pasukan usrah gandingan semua peringkat umur. Perlawanan ini berjaya mencapai objektif untuk merapatkan lagi ukhuwwah dikalangan pelbagai lapisan kumpulan usrah.

Ampang Bowl Summit


Keputusan perlawanan

Pertandingan bowling kali ini ternyata sengit kerana semuanya mahir bermain bowling. Keadaan tempat bowling baik di Summit kerana tempatnya baik dan diselenggara dengan baik.


Kedudukan ketiga jatuh kepada kumpulan usrah yang berpengalaman
Tempat kedua jatuh kepada kumpulan GBS

Juara bagi kategori kumpulan
Akhi Zulfahmi muncul juara kategori individu , diikuti Yusmadi dan Zulkarnain

Alhamdulillah wakil wakil GBSian telah berjaya membawa pulang juara individu ( akhi Zulfahmi ) dan juga naib juara kategori berpasukan. Ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa pertolongan Allah dan semangat kerjasama dalam permainan. Ucapan terima kasih juga kepada semua pemain pemain untuk GBSian seperti Ir Jamaludin, Bukhari dan lain lain.

tinggal satu lagi pusingan untuk tamat
Semoga semangat kerjasama dan ukhuwwah semakin mendalam dikalangan ahli usrah.

Pemain pemain bowling bergambar di akhir permainan

InsyaAllah jumpa lagi lain kali

GBSian merangkul dua hadiah kali ini
semua mendapat "hadiah" termasuk wakil kecil kita

Akhir kata, mohon maaf sebarang kekurangan buat semua GBSian. Tahniah kepada penganjur program ini kerana ianya begitu bermakna sekali.

Monday, December 6, 2010

bowling ukhuwwah 1 Disember 2010

Assalamualaikum buat semua pembaca usrah GBS,

Alhamdulillah satu sesi permainan bowling telah diadakan di Bukit Jambul, ini adalah sebahagian daripada aktiviti usrah. Permainan bowling kali ini juga adalah sebagai persediaan untuk ke perlawanan bowling antara usrah yang akan berlangsung selasa minggu depan.

Permainanan diadakan sebanyak dua pusingan, dengan setiap kumpulan mempunyai lebih kurang 4 orang pemain. Antara ahli yang hadir kali ini ialah Saaban, Naqib Yusni, Hafiz, Iqbal, Khairil, Mujahid, Saiful, Zulfahmi, Amirullah, Syahid dan Hadi.


Tazkirah ukhuwwah

tazkirah sebelum permainan oleh akhi Khairil


Sebelum permainan bermula, akhi Khairil menyampaikan tazkirah kepada warga usrah yang hadir. Antara isi pengisian tazkirah ialah usaha usaha merapatkan ukhuwwah haruslah lebih disemarakkan lagi. Ini kerana satu usaha dakwah tidak akan berjaya jika tidak ada hubungan ukhuwwah yang mantap. Ukhuwwah yang hendak dibina supaya usaha da'wah adalahseperti satu bangunan yang kukuh. InsyaAllah sama sama kita tingkatkan usaha meningkatkan lagi ukhuwwah antara ahli usrah.

Akhi Khairil juga mengingatkan kita tentang persaudaraan Islam dengan saudara kita di Palestin.

Renungan ayat surah al hujurat

[10]
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Gambar gambar ketika permainan

GBSian "candid"


GBSian ceria semasa permainan

Keputusan Perlawanan

Keputusan perlawanan menyaksikan setiap kumpulan berjaya mendapat lebih 300 mata dalam pusingan kedua. Kumpulan gandingan ayah dan anak iaitu akhi Yusni dan Mujahid berjaya mendapat markah terkumpul tertinggi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada gandingan yang mantap ini.

masing masing melihat mata akhir perlawan 

Kumpulan gandingan akhi Yusni dan Mujahid serta akhi Zulfahmi mendapat markah tertinggi

InsyaAllah jumpa lagi dalam laporan aktiviti bowling usrah gabungan pula.

pautan:

http://www.alquran-melayu.com/49-al-hujurat/

Wednesday, December 1, 2010

ziarah rakan usrah dari KL

Assalamualaikum buat semua pembaca GBS,

Alhamdulillah hari isnin yang lepas beberapa rakan usrah dari KL datang ziarah ke Pulau Pinang. Dapat juga kami bertemu dan berbincang perkara perkara berkaitan usrah dan juga bertanya khabar. Di dalam perancangan  jaulah ini, mereka bercadang untuk berkhemah di Teluk Bahang dan juga menjelajah Taman Negara Pulau Pinang.

Jaulah untuk merapatkan ukhuwwah

Berjaulah memberi peluang untuk ahli ahli usrah mengenali lebih mendalam antara satu sama lain. Semangat kerjasama juga dapat disemarakkan lagi sepanjang melaksanakan jaulah. Sifat sifat pengorbanan dan bertolak ansur diperlukan untuk memastikan jaulah berjalan dengan baik.

Adil, Zami, Ismail dan Wan berjaulah dari KL


Giat mendalami Al Quran
Rakan rakan usrah dari KL ana dapati mendalami Al Quran didalam masa masa lapang. Selain itu, amalan seperti ma'thurat juga tidak ditinggalkan. InsyaAllah sama sama kita boleh muhasabah dan pastikan usaha usaha berterusan mendalami Al Quran.


Bertemu dan berpisah kerana Allah
Begitulah adat persahabatan, akan bertemu dan berpisah, namun harus diingatkan bahawa persahabatan kerana Allah mendapat jaminan syurga. Terbaru, sahabat usrah iaitu akhi Nazir dan Shaharudin pulang ke negeri asal dan melanjutkan pelajaran. InsyaAllah jika berpeluang, kita akan bertemu lagi.

Shaharudin dan Nazir ( dari kiri ), InsyaAllah berjumpa lagi

pautan:
http://ustazazhar.com/v1/sirah/jamin-ke-syurga.html