Alhamdulillah hari isnin yang lepas beberapa rakan usrah dari KL datang ziarah ke Pulau Pinang. Dapat juga kami bertemu dan berbincang perkara perkara berkaitan usrah dan juga bertanya khabar. Di dalam perancangan jaulah ini, mereka bercadang untuk berkhemah di Teluk Bahang dan juga menjelajah Taman Negara Pulau Pinang.
Jaulah untuk merapatkan ukhuwwah
Berjaulah memberi peluang untuk ahli ahli usrah mengenali lebih mendalam antara satu sama lain. Semangat kerjasama juga dapat disemarakkan lagi sepanjang melaksanakan jaulah. Sifat sifat pengorbanan dan bertolak ansur diperlukan untuk memastikan jaulah berjalan dengan baik.
Adil, Zami, Ismail dan Wan berjaulah dari KL |
Giat mendalami Al Quran
Rakan rakan usrah dari KL ana dapati mendalami Al Quran didalam masa masa lapang. Selain itu, amalan seperti ma'thurat juga tidak ditinggalkan. InsyaAllah sama sama kita boleh muhasabah dan pastikan usaha usaha berterusan mendalami Al Quran.
Bertemu dan berpisah kerana Allah
Begitulah adat persahabatan, akan bertemu dan berpisah, namun harus diingatkan bahawa persahabatan kerana Allah mendapat jaminan syurga. Terbaru, sahabat usrah iaitu akhi Nazir dan Shaharudin pulang ke negeri asal dan melanjutkan pelajaran. InsyaAllah jika berpeluang, kita akan bertemu lagi.
Shaharudin dan Nazir ( dari kiri ), InsyaAllah berjumpa lagi |
pautan:
http://ustazazhar.com/v1/sirah/jamin-ke-syurga.html
No comments:
Post a Comment