Tuesday, November 22, 2011

Perkhemahan di Pulau Kelongsong- 11-13 November 2011

Assalamualaikum buat semua GBS,

Alhamdulillah perkhemahan usrah di pulau kelongsong berlangsung dengan jayanya. Kami mendapat banyak pengajaran daripada perjalanan kali ini. InsyaAllah ukhuwwah dapat dimantapkan lagi. Ramai kenalan baru dan lama dapat kami berjumpa semasa program berjalan.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah water confidence, memancing dan memasak.

ajk memberi taklimat kepada para peserta

bersedia untuk aktiviti water confidence
imran dengan hasil pancing
aktiviti BBQ yang dinanti nantikan :) setelah sehari dengan aktiviti fizikal


Berkorban dengan apa yang ada dan disebalik kesibukan tanggungjawab
Antara pengajaran yang didapati ialah kita perlu melaksanakan tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan apa yang ada pada kita. Tidak kira samaada kita serba kekurangan selagi keadaan membenarkan.


A041
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah 9:41)


Ayuh mantapkan usrah
Dengan berakhirnya usrah, maka GBSian diharap dapat melaksanakan lagi perkara yang dalam usrah seperti memastikan badan berada dalam keadaan sihat dan cergas :)


Jom ikut usrah
Bagi yang belum mempunyai usrah, ayuh kita tempatkan diri dalam usrah untuk memantap diri sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini :)

pautan:
http://www.surah.my/9 (surah at taubah )

Friday, November 11, 2011

Persediaan akhir ke Pulau Kelongsong

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah persediaan akhir ke Pulau Kelongsong sedang berjalan,

antara peralatan penting yang perlu disediakan ialah "life jacket" dan khemah,

 Dari Kiri, Pulau Telur, Kelongsong dan Bidan


Doakan semoga perjalanan kali ini lancar,

Pengorbanan diperlukan dalam melaksanakan perintah dan ibadat kepada Allah

Sebagai seorang hamba, kita hendaklah bersedia untuk berkorban. Berkorban untuk menuruti perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Berkorban dari menuruti kehendak hawa nafsu yang sementara. Pengorbanan ini hendaklah disertai dengan perasaan redha dan juga kesabaran. Teladan ini kita dapat ambil dari pengorbanan Nabi Ibrahim dan juga anaknya Nabi Ismail dalam menegakkan perintah Allah.

A102
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (As-Saaffaat 37:102)


Pautan:
http://www.surah.my/37

Thursday, November 3, 2011

aktiviti usrah 2 November 2011

Assalamualaikum semua GBS,

Alhamdulillah pada hari rabu berlangsung usrah di rumah akhi Khairil.

GBSian kebanyakkan baru pulang dari kerja, namun tetap ceria untuk datang berusrah pada malam tersebut.

usrah santai di rumah kali ini


Antara perbincangan pada usrah kali ini ialah mengenai ibadat ibadat diawal bulan zulhijjah.

Usrah turut membincangkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk mengikut perintah Allah. Ternyata Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan perkara yang paling disayanginya untuk mengikut perintah Allah.

A037
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al-Hajj 22:37


Persediaan ke Mukhayyam di Pulau Kelongsong


Disamping berbincang tentang ibadat di bulan zulhijjah, GBSian juga berbincang tentang persediaan untuk mengikuti program perkhemahan di Pulau Kelongsong. Alhamdulillah ramai yang akan turut hadir ke mukhayyam kali ini.
InsyaAllah program ini dapat memberi kesan kepada aktiviti tarbiah GBSian.


gbsian menjamu selera dan berbincang




Terimakasih kepada tuan rumah kerana menyediakan makanan yang sedap. Moga Allah merahmati  dan melimpahi rezeki keluarga Khairil.


pautan:
http://www.surah.my/22

Tuesday, November 1, 2011

aktiviti 10 awal zulhijjah

Assalamualaikum semua,


Jom sama sama berniat melaksanakan tuntutan ibadah haji dan juga menyemarakkan ibadat
dibulan zulhijjah


bulan zulhijjah menandakan berlakunya tuntutan ibadat haji bagi yang berkemampuan. InsyaAllah kita mengiringi mereka yang pergi menunaikan haji supaya mereka mendapat haji yang mabrur.

Bagi kita yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini, kita bolehlah mengambil bahagian dalam ibadah ibadah yang lain supaya kita juga dapat meraikan hari raya aidil adha dengan lebih bermakna lagi.

Sama sama kita berusaha supaya hari raya aidil adha tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.

Antara amalan yang boleh diusahakan ialah seperti yang disarankan oleh JK Tarbiah IKRAM Pusat seperti berikut:


1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).

2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurangkurangnya 2 rakaat qiamullail.

3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).

4. Berpuasa pada hari Arafah kerana fadilatnya yang besar.

5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.

6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).

7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.

8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.

9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.