Tuesday, November 1, 2011

aktiviti 10 awal zulhijjah

Assalamualaikum semua,


Jom sama sama berniat melaksanakan tuntutan ibadah haji dan juga menyemarakkan ibadat
dibulan zulhijjah


bulan zulhijjah menandakan berlakunya tuntutan ibadat haji bagi yang berkemampuan. InsyaAllah kita mengiringi mereka yang pergi menunaikan haji supaya mereka mendapat haji yang mabrur.

Bagi kita yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini, kita bolehlah mengambil bahagian dalam ibadah ibadah yang lain supaya kita juga dapat meraikan hari raya aidil adha dengan lebih bermakna lagi.

Sama sama kita berusaha supaya hari raya aidil adha tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.

Antara amalan yang boleh diusahakan ialah seperti yang disarankan oleh JK Tarbiah IKRAM Pusat seperti berikut:


1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).

2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurangkurangnya 2 rakaat qiamullail.

3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).

4. Berpuasa pada hari Arafah kerana fadilatnya yang besar.

5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.

6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).

7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.

8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.

9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.


No comments: