Friday, December 30, 2011

futsal khamis 29 Disember 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Semalam berlangsung aktiviti riadah futsal dikalangan pelajar USM Pulau, remaja dan belia perumahan kastam gelugor serta rakan rakan kerja kilang.

Alhamdulillah dalam aktiviti riadah ini kita dapat mengenali rakan rakan baru dan juga mendekati remaja remaja kearah aktiviti yang sihat.

permainanan futsal di USM dengan remaja, pelajar IPT dan pekerja kilang



Kearah gaya hidup sihat untuk Islam


InsyaAllah aktiviti seperti futsal dan riadah riadah lain dapat membentuk individu yang sihat dan cergas. Semoga kita dapat mencontohi Rasulullah yang kekal sihat dan tangkas. Baginda melalui beberapa siri peperangan walaupun pada ketika usia beliau mencecah 60 tahun. Semoga kita dapat muhasabah dan melaksanakan peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan kita.

jom riadah  bersama :)

Thursday, December 29, 2011

usrah di sg dua, butterworth, 28 Disember 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah pada minggu ini berlangsung satu lagi usrah di sg dua, butterworth. Kali ini usrah membuat siri ziarah. Pada kebiasaannya usrah berlangsung di kawasan Pulau Pinang. Setelah GBSian sampai di rumah sg dua,  dan solat isya' berjemaah.

Tahun baru dan Tazkirah

Dalam menyusuri usrah ini, sedar tak sedar setahun sudah berlalu dan tahun baru akan datang lagi. Jadi menjadi kemestian untuk kita merancang dan melaksanakan perancangan kita. Bolehlah kita merancang perubahan perubahan yang hendak kita lakukan. Semoga Allah memudahkan kita mencapai perancangan kita.

Kisah pemuda yang mahu berubah 
Sebagaimana yang kita selalu dengar tentang kisah pemuda yang mahu berubah setelah banyak melakukan pembunuhan. Seorang alim menasihati pemuda tersebut supaya bertaubat dan berhijrah ke tempat yang baru. Namun dalam perjalanan, pemuda tersebut mati. Rahmat dan pengampunan Allah yang luas membolehkan pemuda tersebut dimasukkan kedalam syurga. Sama sama kita renungkan perlunya keinginan untuk berubah dan juga mencari suasanya yang kondusif menjadi elemen penting untuk mendapat redha Allah.

Rakan rakan dan suasana membentuk kita

Rakan rakan yang kita selalu bergaul memberi tanda aras akhlak dan kelakuan kita. Hendaklah kita sentiasa mencari rakan rakan yang boleh membimbing kita kearah yang lebih baik. Suasana yang baik juga akan membentuk kita menjadi lebih baik dan dalam keredhaan Allah.

Kita hendaklah berusaha untuk melaksanakan tugas kita kepada Allah dengan sebaiknya dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Hendaklah kita menjauhi maksiat dan jalan jalan syaitan. Semoga kita akan kembali kepada Allah dalam keredhaanNya.

Bismillah

A001
Demi Masa! 
(Al-'Asr 103:1) |  English Translation 

A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - 
(Al-'Asr 103:2) |  English Translation 

A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 
(Al-'Asr 103:3

Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang bertaubat dan taat kepadaNya.

Amalan ziarah menziarahi sesama muslim
Amalan ziarah menziarahi sesama muslim adalah satu amalan yang dapat mengukuhkan ukhuwwah. Disamping itu kita akan dapat saling kenal mengenal antara keluarga rakan rakan kita. InsyaAllah mereka yang memuliakan rakan rakan yang bertandang akan beroleh redha Allah dan nilai persahabatan dalam islam.

GBSian yang hadir kali ini :-)


pautan:
http://www.surah.my/103

Friday, December 23, 2011

bantu membantu murid murid ke sekolah

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah minggu lepas GBS dapat mengikut satu program anjuran NGO warga kilang. Warga kilang menyampaikan derma kepada murid murid dan keluarga untuk memulakan sesi persekolahan yang baru. Bantuan beg sekolah, kamus disampaikan kepada murid murid. Ceramah motivasi yang disampaikan oleh NGO warga kilang membuka persepsi ibu bapa supaya menggunakan pelajaran sebagai jalan untuk mengubah hidup keluarga.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang program:


barang barang yang disampaikan

berkumpul dan berdoa supaya Allah mudahkan urusan kami

jalan ke felda sg tengas


moga belajar rajin rajin :)

lembu yang melawan arus trafik, hati hati :)


Kemalangan dan muhasabah diri


Semasa perjalanan pulang, saya melalui dua kejadian kemalangan semasa menyusuri jalan berliku di kawasan Mahang, Kulim. Terdetik dalam hati ini, kemungkinan selekoh seterusnya kemalangan akan berlaku kepada kita sendiri. Peringat buat diri ini agar menyegerakan amal kebajikan dan menghindari perkara dosa dan maksiat. Segeralah kita bertaubat kerana ajal mungkin datang ketika kita menyusuri selekoh jalanraya yang seterusnya....

A008 
Katakanlah (wahai Muhammad): "
Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)

pautan:
http://moniermatdin.blogspot.com/2011/12/jjms-wargakilang-antara-pendidikan-dan.html
http://www.surah.my/62
http://faik-mulachella.blogspot.com/2009/06/ayat-ayat-kematian-dalam-al-quran.html

Tuesday, December 20, 2011

membanyakkan berzikir dan mengingati Allah

Assalamualaikum GBSian,

Alhamdulillah, pada minggu lepas terdapat peluang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Rahim. Ustaz Rahim mengingatkan tentang kepentingan zikir mengingati Allah. Semoga dengan mengingati Allah hati kita tenang dan tidak terus lalai dalam buaian dunia. Kita juga hendaklah selalu memohon kepada Allah supaya diberi bantuan untuk mengingatiNya.

penting untuk kita sentiasa mengingati Allah agar hati kita tida mati

Rasulullah pernah mengajar satu doa kepada sahabat nabi, Muadz ibn Jabal, doa tersebut bermaksud,

Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMuuntuk bersyukur kepadaMu, dan untuk memperelokkan ibadah-ibadahku


seeloknya kita mengambil usaha untuk beramal dengan doa doa begini dengan penuh khusyuk. 


Bahaya lalai dari mengingati Allah
Selain itu, didalam Al Quran juga diterangkan tentang ancaman bagi mereka yang lalai dalam mengingatiNya. Mereka akan memasuki perangkap syaitan. Haruslah kita beringat bahawa matlamat syaitan tidak lain untuk menyesatkan manusia dan menyeret kita masuk ke Neraka.


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya(Az-Zukhruf 43:36)




"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha 20:124)




semoga kita saling mengingati dan berpesan antara satu sama lain dalam usrah :)






pautan:
http://khairulaznan.wordpress.com/2011/08/14/sukarnya-mengingati-dia/
http://www.loveloveislam.com/2010/08/perihal-zikir.html
http://www.surah.my/20

Monday, December 12, 2011

Kejadian Gerhana Bulan, tanda kekuasaan Allah

Assalamualaikum buat semua GBSian,

pada hari sabtu, 10 Disember yang lepas, telah berlaku kejadian gerhana bulan penuh. Kejadian ini dapat diperhatikan diantara jam 9 malam sehingga tengah malam.

proses kejadian gerhana bulan, subhanaAllah 


Sesungguhnya bagi mereka yang mengkaji penciptaan ini, sesungguhnya mereka akan mendapati kekuasaan Allah dalam menciptakan alam ini. Semuanya mempunya perkadaran agar manusia dapat menggunakannya.

Membuktikan kebenaran Al Quran
Ini juga membuktikan bahawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah adalah benar. Jadi marilah kita bersama sama mendalami Al Quran :)


(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing(Yaa Siin 36:40).

Friday, December 9, 2011

Ceramah Brother Kamaruddin Abdullah: Maha Suci Allah yang menciptakan burung

Assalamualaikum semua GBS,

Alhamdulillah, pada hari selasa yang lepas, GBSian telah berkumpul di surau An Nur Lebuh Nipah, Bukit Jambul,
pada hari tersebut, 6 Disember adalah hari 10 Muharram, maka ramai yang berpuasa sunat. Pihak surau telah menyediakan juadah berbuka dan juga nasi.

Ceramah "Hijrah Kemanakah Kita?"


Pada malamnya selepas solat maghrib, berlangsung ceramah "Hijrah, kemanakah kita" oleh Brother Kamaruddin Abdullah. Belia menerangkan tentang penghijrahan sahabat sahabat nabi dalam mengikut seruan nabi berhijrah ke Madinah. Mereka meninggalkan harta/ perniagaan di Makkah untuk menyahut seruan Nabi. Sesungguhnya tindakan mereka itu sebenarnya adalah satu jual beli yang menguntungkan mereka disisi Allah.

Bukti penciptaan burung sebagai tanda kewujudan dan kekuasaan pencipta

Brother Kamaruddin menerangkan bagaimana orang orang yang melihat penciptaan ini akan membenarkan kewujudan pencipta. Didalam ayat Al Quran diterangkan bagaimana burung burung yang berterbangan itu tidak dapat terbang melainkan dengan kekuasaan Allah.

tidakkah kita melihat kehebatan Maha Pencipta
dalam burung yang berterbangan ?

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mulk 67:19


Kembara burung merentasi lautan

siapa yang mengajar burung?

Brother Kamaruddin juga menceritakan tentang sejenis burung Godwit yang berhijrah setiap tahun dari benua Alaska ke NewZealand. Burung tersebut merentasi lautan pasifik sejauh beribu ribu batu selama 8 hari 8 malam tanpa henti. Burung tersebut terbang pada aras 35,000 kaki untuk menggunakan satu aliran udara yang dipanggil jetstream. Bagaimana burung tersebut tahu bahawa ada aliran udara sebegini pada paras 35,000 kaki. Adalah sukar untuk memahami, sedangkan para juruterbang sendiri mengetahuinya melalui latihan di sekolah kapal terbang. Mahasuci Allah yang menciptakan burung tersebut sedemikian rupa.


Oleh itu, marilah beriman dan beramal dengan Al Quran
Jadi bukti bukti ini sesungguhnya menguatkan kita tentang keimanan. Marilah kita mendampingi Al Quran.

Friday, December 2, 2011

Mukjizat Pembinaan Masjid Sana'a Yaman

Assalamualaikum semua GBSian,

Alhamdulillah dalam siaran GBS telah berpeluang mendengar kuliah dari Ustaz Syazalie mengenai beriman dengan Al Quran. Al Quran merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah tercinta, Nabi Muhammad. Al Quran bukannya sesuatu yang direka reka oleh Nabi Muhammad sendiri.

Islam tidak menyuruh umatnya mempercayai kebenaran Al Quran tanpa Allah turunkan bukti bukti dan mukjizat untuk membuktikan kebenaran Al Quran. Mukjizat mukjizat ini tidak mungkin dapat dibuat sendiri oleh Rasulullah. Sebaliknya, Allah lah yang memberi ilham kepada Rasulullah untuk berbuat sesuatu perkara.


Pembinaan Masjid Sana'a Yaman

masjid sana'a yaman


Rasulullah memerintahkan sahabat nabi untuk mendirikan masjid di Sana'a kerana penduduk Yaman yang beriman. Rasulullah menyuruh sahabat nabi untuk membina masjid di Taman Bathan dengan gunung Deyn di sebelah kanan masjid. Rasulullah juga menyertakan beberapa arahan lagi untuk memastikan masjid yang dibina menghadap kearaah Kaabah di Mekah.

Mukjizat disebalik pembinaan Masjid Sana'a Yaman

Dengan jarak Makkah dan Sana'a yang begitu jauh, bagaimana Rasulullah dapat menentukan koordinat tepat pembinaan masjid di Sana'a. Tidak lain ini adalah wahyu dari Allah, pencipta alam ini. Manusia pada zaman tersebut belum pun mengetahui rupa bentuk bumi. Malah peta dunia masih belum dapat dilakar oleh manusia dengan tepat

Bertambah keyakinan dengan Al Quran

Keimanan kita kepada kebenaran risalah yang dibawa oleh Rasulullah akan bertambah apabila kita dapat mendapati mukjizat ini tidak mungkin dapat dibuat atau direka reka oleh manusia. Seperti yang disebut didalam Al Quran didalam surah An Najm.

Bismillah

A001
Demi bintang semasa ia menjunam, - (An-Najm 53:1) |

A002
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). (An-Najm 53:2) | 

A003
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (An-Najm 53:3) | 

A004
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Jom teruskan mendalami Al Quran

InsyaAllah dengan kita semakin mendalami Al Quran kita akan bertambah keyakinan kita.