Assalamualaikum GBSian,
Alhamdulillah, pada minggu lepas terdapat peluang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Rahim. Ustaz Rahim mengingatkan tentang kepentingan zikir mengingati Allah. Semoga dengan mengingati Allah hati kita tenang dan tidak terus lalai dalam buaian dunia. Kita juga hendaklah selalu memohon kepada Allah supaya diberi bantuan untuk mengingatiNya.
Rasulullah pernah mengajar satu doa kepada sahabat nabi, Muadz ibn Jabal, doa tersebut bermaksud,
Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, untuk bersyukur kepadaMu, dan untuk memperelokkan ibadah-ibadahku
seeloknya kita mengambil usaha untuk beramal dengan doa doa begini dengan penuh khusyuk.
Bahaya lalai dari mengingati Allah
Selain itu, didalam Al Quran juga diterangkan tentang ancaman bagi mereka yang lalai dalam mengingatiNya. Mereka akan memasuki perangkap syaitan. Haruslah kita beringat bahawa matlamat syaitan tidak lain untuk menyesatkan manusia dan menyeret kita masuk ke Neraka.
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (Az-Zukhruf 43:36)
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha 20:124)
semoga kita saling mengingati dan berpesan antara satu sama lain dalam usrah :)
pautan:
http://khairulaznan.wordpress.com/2011/08/14/sukarnya-mengingati-dia/
http://www.loveloveislam.com/2010/08/perihal-zikir.html
http://www.surah.my/20

penting untuk kita sentiasa mengingati Allah agar hati kita tida mati |

No comments:
Post a Comment