Alhamdulillah GBSian dapat meneruskan lagi sesi peringatan. InsyaAllah antara ayat ayat menarik yang ingin dikongsi ialah ayat 100, surah At Taubah,
Didalam ayat ini Allah menjanjikan ganjaran yang besar dan terbaik kepada mereka yang yang mengikuti perintah Allah secara keseluruhan sepertimana yang dijanjikan kepada golongan terdahulu dari kalangan muhajirin dan Ansar.
Oleh itu hendaklah kita mengkaji dan memahami sirah perjalanan dakwah Nabi dan para sahabat. Hendaklah kita mengambil pengajaran dalam pembinaan keimanan dan ukhuwwah yang ditunjukkan para sahabat yang terdahulu. Juga, hendaklah kita menghayati perjuangan Rasulullah dan para sahabat menyebarkan Islam.
Kesungguhan dan keimanan mereka membawa cahaya hidayah ke seluruh pelusuk Alam. Hasil daripada keyakinan dan keimanan ini, didalam tempoh kehidupan sahabat sahabat ini, kita dapat melihat mereka sudah menyebarkan dakwah sehingga ke China, India dan serta pelusuk dunia yang mampu dicapai oleh mereka.
Yakinlah kita bahawa Allah menggantikan harta, diri, tenaga dan masa kita yang dikorbankan kejalan Allah dengan ganjaran yang terbaik. Maka, berusahalah mencari redha Allah dengan berusaha menjadi muslim sebaiknya dan mengajak orang lain kearah kebaikan.
Dan orang-orang yang terdahulu -
yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar",
dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia,
serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;
itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah 9:100)Didalam ayat ini Allah menjanjikan ganjaran yang besar dan terbaik kepada mereka yang yang mengikuti perintah Allah secara keseluruhan sepertimana yang dijanjikan kepada golongan terdahulu dari kalangan muhajirin dan Ansar.
Oleh itu hendaklah kita mengkaji dan memahami sirah perjalanan dakwah Nabi dan para sahabat. Hendaklah kita mengambil pengajaran dalam pembinaan keimanan dan ukhuwwah yang ditunjukkan para sahabat yang terdahulu. Juga, hendaklah kita menghayati perjuangan Rasulullah dan para sahabat menyebarkan Islam.
Kesungguhan dan keimanan mereka membawa cahaya hidayah ke seluruh pelusuk Alam. Hasil daripada keyakinan dan keimanan ini, didalam tempoh kehidupan sahabat sahabat ini, kita dapat melihat mereka sudah menyebarkan dakwah sehingga ke China, India dan serta pelusuk dunia yang mampu dicapai oleh mereka.
Yakinlah kita bahawa Allah menggantikan harta, diri, tenaga dan masa kita yang dikorbankan kejalan Allah dengan ganjaran yang terbaik. Maka, berusahalah mencari redha Allah dengan berusaha menjadi muslim sebaiknya dan mengajak orang lain kearah kebaikan.
No comments:
Post a Comment