Thursday, April 16, 2009

Menghormati Majlis Ilmu

Dari blog Ustaz Zahazan Mohamed:

At-Tabarani meriwayatkan dari Abi Hazim dari Sahal r.a , bahawa beliau telah menyampaikan kuliyah tentang sunnah Nabi s.a.w kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya. Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah. Beliau berkata : “ Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w , tiba-tiba mereka sibuk menceitakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi. Abi Hazim lantas bertanya kepadaanya : “Ke manakah Tuan akan pergi membawa diri? Jawabnya aku akan pergi berjihad di jalan Allah. Beliau seterusnya ditanya : “ Bagaimana Tuan boleh turut serta sedangkan Tuan merupakan orang tua yang uzur dan dikecualikan dari berjihad? Jawabnya : “ Wahai Abu Hazim! Aku akan menyertai peperangan di barisan hadapan, supaya terkena anak panah atau senjata yang tersasar, lalu aku akan mati syahid [3]”.

PENGAJARAN :

1. Keutamaan menghadirkan diri dalam majlis ilmu kerana ia merupakan makanan buat hati kerana menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara yang halal dan haram.
2. Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan.
3. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.
4. Para sahabat merupakan golongan yang mencintai Nabi s.a.w dan mereka amat sensitive terhadap golongan yang tidak menunjukkan minat terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w .
5. Menuntut Ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjarannya.Justru Sahal r.a mengambil keputusan untuk berjihad di jalan Allah selepas mendapati manusia sudah tidak berminat untuk menuntut ilmu menyebabkan pekerjaannya sebagai penyampai ilmu sudahpun tidak diperlukan. Ganjaran yang disediakan buat mereka yang mati syahid terlalu mulia menyebabkan Sahal r.a berusaha sedaya upaya memperolehinya walaupun beliau adalah seorang yang tidak layak menyertainya

[3] HR al-Haithami 1/155 , Hayatus Sahabah 3/642, Menghormati Majlis ilmu Dan Kemarahan Sahal bin Sa’ad terhadap Orang Yang Tidak Memberikan Perhatian Terhadapnya.

Usrah mingguan gbs juga majlis ilmu yg ada dibacakan hadith-hadith Rasullah SAW. Moga kisah ini menjadi peringatan kepada ana yang sangat suka bersembang time usrah dan GBS semua. Alhamdulillah, Tok Naqib kita tak lari tinggalkan gbs...

No comments: