Friday, April 10, 2009

Surat Untuk Sahabat Tercinta

Dipetik dari blog pilihan... 

Sahabatku...
Jika berita kematian telah sampai dari tengah-tengah kota atau pelusuk desa,
janganlah engkau khuatir,
kerana giliranmu akan tiba juga,
bahawa kematian akan datang menjemput engkau wahai sahabatku,
cepat atau lambat pasti akan sampai 
waktunya...

Sahabatku...
Jika engkau banyak tertawa di dunia ini,
janganlah engkau khuatir,
kerana nanti engkau akan banyak menangis di akhirat...

Sahabatku...
Jika engkau risau dengan siapa akan jadi saksi atas segala perbuatanmu di dunia ini,
janganlah engkau khuatir,
kerana Allah akan menjadikan tangan, kaki dan semua anggota tubuhmu sebagai saksi,
mereka akan menjadi sebenar-benar saksi...

Sahabatku...
Jika engkau melupakan Allah di dunia ini,
janganlah engkau khuatir,
kerana Allah pun akan melupakanmu di akhirat nanti,
dan engkau tak akan tahu kepada siapa akan meminta tolong...

Sahabatku...
Berapa banyak usiamu kau habiskan,
sebesar itulah yang akan kau dapatkan...
Jika kau banyak berbuat dosa,
janganlah engkau khuatir,
kerana malaikat di kirimu akan mencatat segala perbuatan dosamu tanpa terlepas,
dan jika engkau banyak beramal,
semua catatan amalmu akan memberatkan timbangan kebaikanmu...

Sahabatku...
Jika engkau lupa dengan panasnya api neraka,
janganlah engkau khuatir,
kerana sesungguhnya neraka selalu haus,
ketahuilah bahawa neraka berbahan bakar manusia dan batu,
panasnya melebihi beribu kali panasnya api di dunia ini...

Sahabatku...
Padang Mahsyar begitu luas,
kita tidak akan pernah tahu pada barisan mana kita akan digolongkan,
kecuali kita mengikuti golongan manusia-manusia hebat,
yang telah lulus ujian Allah dan dijamin Syurga,
janganlah engkau khuatir,
dengan tahajudmu, dengan sedekahmu, dengan bacaan Quranmu, puasamu dan semua amal baikmu,
engkau akan selamat dari siksa yang amat pedih...

Sahabatku...
Kita tak akan pernah tahu,
apakah kita akan berjumpa lagi di sana,
maka doakan aku wahai sahabatku,
sebanyak doa yang kau panjatkan setiap malam...

Sahabatku...
Dunia ini telah menipu kita,
hingga kita lupa bahawa usia kita cuma sesaat sahaja,
hingga kita merasa bahawa Izrail tak akan menjemput kita,
jagalah pandangan mata dan hatimu dari dahsyatnya tipuan dunia...

Sahabatku...
Marilah kita banyak menangis kerana takut,
kerana setiap titisan air mata kita yang takut akan Allah,
akan memadamkan api neraka...
memadamkan api neraka...

Sahabatku,
Kita tak akan pernah tahu apakah esok atau lusa kita masih bisa melihat terbitnya matahari,
dan mendengar kicauan burung, melihat anak-anak kita tertawa,
untuk itu sahabat,
marilah kita persiapkan bekal sebanyak mungkin,
dan sebaik-sebaik bekal adalah iman dan taqwa,
sebaik-baik bekal adalah iman dan taqwa,
iman dan taqwa...

Sahabatku...
Doakan aku...

2 comments:

md zabri said...

jazakallah akhuna izuan yang memberi tazkirah,

beruntunglah orang yang selalu mengingati kematian

hallurim said...

tadi pon kat khutbah masjid citer pasal azab kubur... ingat mati terus..