Monday, April 6, 2009

Pedulikan Syaitan

Salam... Tazkirah dari blog pilihan... Sbg motivasi kepada kita Insyallah...

Anda diajak oleh seorang rakan untuk mencuri, malangnya anda kemudian ditangkap dan dibicarakan, didepan tuan hakim anda merayu, "Tuan, minta diringankan hukuman kepada saya kerana saya diajak oleh rakan untuk mencuri, bukan saya yang mulakan". Agaknya akan dilayan ke rayuan anda tersebut? Anda akan terima hukuman yg sama dgn rakan anda yg mengajak tersebut, jadi alasan anda dipengaruhi rakan tidak boleh dipakai sama sekali. Jadi jika kita kaitkan dgn kehidupan kita yg selalu di hasut oleh syaitan untuk melakukan kemungkaran, bolehkah kita meminta Allah diringankan hukuman dengan menggunakan alasan yang sama?

Manusia adalah sehebat2 makhluk ciptaan Allah hinggakan para malaikat termasuklah syaitan diperintahkan agar tunduk dan sujud kepada manusia (Nabi Adam AS), adanya akal kurniaan Allah kepada manusia itu yg membezakan antara yang lain. Tetapi akal ini hanya dipakai jika frontal lobe manusia itu kuat.


Kita telah lama diasuh yang kita lemah dan perlu berhati2 terhadap hasutan syaitan, "We are what we think about", jika kita anggap diri kita lemah, dari minda akan turun ke jasad, kita kan tetap membuat kemungkaran atas alasan lemah dengan godaan syaitan. Jika kita boleh mengubah cara kita berfikir dan mengishtiharkan yg kita lebih hebat dari syaitan, kita akan lebih gunakan akal daripada nafsu dan rasa.

Pedulikan syaitan, padamkan dari fikiran anda yg dia boleh mempengaruhi diri kita, benar syaitan itu wujud tetapi kita lebih hebat darinya. Jika kita menganggap kita lemah, jasad kita akan mengikut apa yg kita fikirkan. Umpama didlm satu pertandingan sukan, jika sebelum bertanding lagi sudah menganggap diri lemah dari pasukan lawan, peluang untuk menang amatlah tipis sekali. Apa bezanya "perhitungan" kita dgn syaitan?

Jika dikaji betul2, saya berani membuat jaminan bahawa 99% dari tindakan negatif yg kita lakukan adalah dari kelemahan diri kita sendiri yang tunduk kepada nafsu dan rasa. Jika benar kita dihasuti syaitan, mengapa ramai yg boros bila tiba ramadhan? Mengapa ada yg memaki hamun ketika berpuasa? Mengapa ada yg tidak berpuasa dan tanpa segan silu makan dikhalayak ramai sedangkan syaitan tiada dimasa itu?

Bagaimana untuk menguatkan diri dari tunduk kepada nafsu dan rasa? Frontal lobe jawapannya, frontal lobe yg hebat boleh berfikir menggunakan akal dan iman daripada mengikut nafsu dan rasa.

Frontal lobe yang kuat akan merujuk kepada iman dan membuat keputusan untuk tidak mengikut apa yg dipakai oleh artis2 dikaca TV kerana boleh kaitkan dgn apa yg dipelajari sebagai seorang muslim tentang menjaga aurat.

Frontal lobe yang kuat akan memikirkan bahaya merokok dan kesan kepada kesihatan terutamanya kepada otak dan boleh menahan ketagihan terhadap nikotin itu.

Solatlah dgn khusuk dan ikhlas, solat yg khusyuk merawat dan menguatkan frontal lobe lantas membolehkan kita lebih menggunakan akal dari menggunakan rasa. Kehidupan yang penuh dgn stress menyempitkan saluran darah ke frontal lobe lantas melemaskannya kerana kekurangan oksigen, sujud merawatnya. TV, filem dan video games yg mengkhayalkan menambah kebarangkalian untuk mendapat ADD (Attention deficit disorder), penyakit frontal lobe, khusuk dan fokus didalam solat merawatnya. Otak yg tidak belajar benda2 baru menyebabkan frontal lobe tidak digunakan lagi dan terlena, Iqra menyedarkannya (sebab itu Islam mementingkan ilmu, baca, Iqrabismirab... ayat pertama yg diturunkan).

No comments: