Salam...
Alhamdulillah pd 7 Nov lalu beberapa ahli GBS dan BOMBB mengikuti rombongan IKRAM PP melawat mangsa2 banjir di Jitra, Kedah. Rombongan seramai 21 orang telah berkumpul sejak dari pukul 8 pg di masjid seberang jaya. Konvoi berangkat pd pukul 9 pg dan tiba sekitar 11 pg disebabkan jam yg agak teruk dari PLUS exit menuju ke Jitra.
Kami terus menuju ke Tmn Jitra utk menyantuni keluarga2 disana. Ikhwah2 IKRAM Kedah telah menyambut kehadiran kami dgn gembira dan penuh semangat persaudaraan. Seusai pembahagian kumpulan dijalankan, kami pun bergerak menuju ke rumah mad'u masing2 (mangsa banjir) utk menolong mereka membersihkan rumah. Program berhenti rehat utk lunch pd pukul 1.15 dan bersambung semula hingga pukul 5 ptg. Rombongan bertolak balik ke Penang secara infradi mengikut driver masing2 kerana ada yg berhajat utk pulang terus manakala ada yg mahu jalan2 cari makan. Tp keutamaan yg penting iaitu solat zohor dan asar jamak ditunaikan dulu.
Rombongan sampai di Taman Jitra.. Azam steady, Bro Khaw ceria2 selalu!...:)
Tiba di pusat operasi banjir IKRAM Kedah...bergambaq dulu apa2 pun...
Gambaran2 awal kemusnahan banjir!
Rumah mad'u kami (GBS)
Lunch time! mmg sedap makan time lapaq! Tp lunch depa mmg A!..:)
Sambung balik sentai selut...Gosot jgn tak gosot..!
Water Jet...Undoubtedly the most important tool needed after flood!
IKRAM kids in action! Malu je pakcik2 dan Abg2 tengok depa byk buat keja tak byk ckp 5 pm. Masa utk pulang...Takat ni je la noo bantuan kami.Tu dia mad'u kami yg baju kuning...Walaupun dlm dah kami sentai, tp bhgian luaq Abg kena proses seniri la noo...:(...Apapun mereka semua sgt berterima kasih!
(Alum Viva Palestin5 baju putih...steady lah...Khaw always avoids camera)
Singgah di Masjid Jame' Al-Shahab utk solat Zohor dan Asar berjemaah.
Apapun kami semua berasa puas dan enjoy walaupun letih...Sungguh indah perasaan setelah dapat mencurah keringat membantu mangsa2 banjir...Walaupun bantuan tidaklah seberapa ttp semangat bekerjasam sesama ikhwah yg baru dan yg lama dpt mengeratkan lg hubungan silaturrahim antara peserta program kali ini. Ya Allah, jadikanlah kami dikalangan Org2 yg bekerja semata2 ikhlas keranaMu dan jadikanlah usaha kecil kami ini sebagai bukti padaMu yg kami telah berkorban dijalanMu utk mendapat redhaMu! Ameen Ya rabbal 'Alameen!
(Kawan2 baru GBS yg berpotensi: Lan (membe Azam), Jalil (Juru/SPT). Sama2lah kita santuni mereka insyaallah)