Assalamualaikum semua GBS,
Alhamdulillah kita masih dikurniakan masa untuk melaksanakan amal. Diantara petanda orang yang beriman ialah pada amalan nya. Jika seseorang itu benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia akan bersungguh sungguh dengan amalannya. Tidak mungkin seseorang itu melakukan sesuatu tanpa objektif. Hanya objektif yang jelas menghasilkan gerak kerja yang bersungguh sungguh.
Jadi, kita patut mencontohi Rasulullah dan juga para sahabat. Bagaimana keyakinan mereka kepada Allah dan hari akhirat menghasilkan amal yang begitu besar pengorbanan kepada dakwah Islam. Rasulullah dan para sahabat bersungguh sungguh menyebarkan Islam. Para sahabat nabi begitu teguh dan yakin dengan janji Allah. Mereka mengejar ganjaran hari akhirat dan mengambil bahagian didunia sekadar yang diperlukan.
Hadith 15 daripada Hadith 40
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia
diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran
tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-'Ankabuut 29:2)Iman sentiasa dikaitkan dengan amal. Seseorang yang mengatakan dirinya beriman tidak mungkin terlepas daripada diuji tahap amal nya. Maka hendaklah kita bersungguh sungguh menjaga amal. Jom teruskan menyebarkan Islam, semoga menjadi bukti amalan apabila bertemu dengan Allah kelak.
No comments:
Post a Comment