Monday, October 4, 2010

ziarah anak Shahrul di Ceruk Tok Kun, 29 September 2010

Assalamualaikum semua GBSian,

minggu lepas usrah GBS berkesempatan melawat dan meraikan kedatang seorang lagi bakal ahli GBS iaitu Hana Yusra.

Shahrul dan anak anak yang comel :)
 Hana Yusra lahir pada bulan ramadhan yang baru sahaja berlalu. Kini Shahrul sudah ada sepasang anak lelaki dan perempuan.GBS mendoakan keluarga akhi Shahrul dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.

bergambar dengan bapa mentua Shahrul

Terima Kasih atas jamuan nasi goreng dan cucur udang yang sedap. Alhamdulillah

GBSian menikmati nasi goreng dan cucur udang :D

Monday, September 20, 2010

Kisah pemuda dalam surah Yasin - Pengajaran da'wah bagi kita

Assalamualaikum semua,

semasa qiam perdana pada 27, 28, 29 Ogos di Masjid Daerah Balik Pulau, Ustaz Sazalie telah menghuraikan tentang kisah pemuda yang terdapat didalam surah Yasin.

Alhamdulillah susunan ayat ayat didalam surah Yasin dan cerita yang hendak disampaikan sebenarnya mempunyai banyak pengajaran dalam kita menyampaikan da'wah.

Antara pengajaran yang boleh didapati:

Penyampaian yang menyeluruh dan usaha da'wah yang giat
1. Usaha da'wah giat disampaikan bukan sahaja di bandar, malah da'wah sampai sehingga kawasan yang diluar bandar. Ini berdasarkan kedatangan pemuda yang diterangkan datang dari tempat yang jauh dari bandar.

[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu 


Keberanian pemuda dalam menyampaikan da'wah
2. Pemuda tersebut tidak gentar mempertahankan keimanan dan juga membenarkan risalah yang dibawa oleh rasul rasul.Pemuda tersebut datang dengan berani ditengah tengah penduduk yang mengancam untuk menyeksa para rasul dan menggesa kaumnya supaya beriman kepada rasul rasul tersebut.

[21]
“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.

Cara pemuda menyampaikan da'wah untuk renungan bersama
3. Pemuda tersebut menyampaikan da'wah kepada dengan membawa persoalan persoalan terhadap dirinya sendiri supaya kaumnya sendiri dapat berfikir tentang diri mereka sendiri

[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.

Mudahnya Allah menghapuskan kaum yang ingkar
4. Mudah bagi Allah memusnah kaum yang ingkar, tidaklah perlu Allah menurunkan bala tentera, cukup dengan sekadar satu pekikan, maka musnahlah kaum tersebut.

[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.


Moga kita semua dapat pengajaran

Monday, August 16, 2010

Jom bantu saudara baru

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah ramadhan sudahpun masuk hari ke 5, maka haruslah kita ambil penekanan tentang amalan yang dilakukan seharian, pastikan kita melakukan yang terbaik, kerana belum tentu kita akan bertemu ramadhan yang akan datang.

Iftar/ Berbuka puasa
Menyediakan makanan bagi orang yang berbuka puasa merupakan satu amalan yang banyak mendapat ganjaran. Bagi orang orang yang beriman, maka mereka akan bersegera untuk menyediakan makanan bagi orang orang yang berbuka puasa. Berusahalah untuk menyediakan makanan berbuka mengikut kemampuan masing masing.
Kelebihan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa:
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun” 
(Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Bantulah saudara baru
Bagi saudara baru, mereka memerlukan bantuan dan sokongan mereka dapat berdikari. InsyaAllah dengan usaha kita semua, mereka akan dapat berdikari dan seterusnya membantu saudara saudara lain yang memerlukan. Sebagai contoh, saudara Kamarudin Leong dan isteri yang sedang berusaha berdikari dan menceburi bidang perniagaan makanan di perkarangan Masjid Bayan Baru sepanjang ramadhan tahun ini.


saudara kamarudin dan isteri di gerai jualan
datanglah menunjukkan sokongan di Masjid Bayan Baru
bantulah saudara saudara kita,
moga kita menjadi orang orang bertaqwa selepas
tarbiah bulan ramadhan..


Iftar perdana 21 Ogos 2010 di Dewan Millenium Pulau Pinang
Sebagai saudara seagama, maka kita hendaklah sentiasa menunjukkan sokongan terhadap usaha usaha membantu. Jadi antara yang boleh dibuat ialah dengan menyokong usaha seperti majlis Iftar Perdana. InsyaAllah hasil yang diperolehi dari program ini akan digunakan untuk merancakkan lagi aktiviti aktiviti sokongan terhadap saudara baru kita. Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu selagi termampu.

Brosur iftar perdana anjuran hidayah center

Pautan:
Iftar perdana

Tuesday, August 10, 2010

Jawapan dari Al Quran: dari siapa sebenarnya Al Quran

Assalamualaikum buat semua,


baru baru ini semasa "surfing" internet dan melihat youtube, ada satu perbincangan menarik dalam deen show.. banyak persoalan persoalan yang dijawab terus Allah didalam al quran..
dalam siri ini, pengacara Eddy bertanyakan tentang persoalan persoalan dan imam faisal menjawab menggunakan ayat ayat al quran. Subhanallah




antaranya persoalannya..


1. dari siapa sebenarnya al quran?
2. adakah Nabi Muhammad mengarang sendiri Al Quran?
3. Sejauh mana sifat pemurah Allah S.W.T?
4. Siapakah sebenarnya nabi Isa/ Jesus?
5. Realiti / Nilai sebenar kehidupan di dunia ini.
6. Balasan bagi mereka yang berfikir untuk kufur kepada Allah


Mari kita lihat persoalan pertama yang dijawab terus didalam Al Quran


Daripada siapa sebenarnya Al Quran? 
( Ali Imran 1-7 )


[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
[3]
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
[4]
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
[5]
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
[6]
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[7]
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


sama sama kita menyumbang artikel dalam usrah GBS.. dan selamat menyambut ramadhan.. Moga kita terlepas dari seksaan api neraka


pautan:
You Tube: Dari siapa sebenarnya Al Quran?
You Tube: Realiti Kehidupan

Tuesday, July 27, 2010

Laporan Ceramah Dr Abdullah: 27 Julai 2010

Alhamdulillah ceramah Dr Abdullah telahpun berlangsung pada 26 Julai 2010 di USM,

Dr Abdullah merupakan seorang "visiting lecturer" di University of California, US.

Dr Abdullah menyampaikan ceramah sambil dipengerusikan oleh Dr Roslan


Kehidupan menyembah berhala berhala
Dr Abdullah antara lain menerangkan tentang bagaimana perjalanan kehidupan beliau. Bermula daripada kehidupan sebagai konsep kepercayaan menyembah makhluk. Akhirnya dia mempersoalkan anutan agamanya apabila melihat banyak ketidak samaan antara amalan dan realiti kehidupan penduduk penduduk seperti sistem kasta yang menindas. Beliau juga mendapati bahawa mereka yang datang menyembah mempunyai pelbagai niat dan tujuan penyembahan yang tidak semestinya dengan tujuan menyembah pencipta.

para hadirin yang setia mendengar
Menjadi Athiest dan kemudian Buddha
Beliau akhirnya menjadi seorang yang tidak mempercayai mana mana agama. Namun, kehidupan sebagai seorang "athiest" tidak lama apabila beliau menganuti pula agama Buddha. Belia ada menulis buku agama Buddha yang telah tercetak mencecah jutaan buku. Semakin lama dalam buddha, beliau bagaimanapun menemui perkara yang sama dengan anutannya sebelum ini dimana moral tanpa bertunjangkan kepercayaan kepada tuhan yang kukuh. Ini menyebabkan beliau mencari cari lagi agama yang sebenarnya.

hadirin sanggup menunggu sehingga jam 11.15 malam
Akhirnya menemui hidayah Islam
Beliau akhirnya mula mentelaah terjemahan al quran. Beliau sudah mula yakin dengan kebenaran alquran walaupun belum menghabiskan surah Al Baqarah. Beliau yakin bahawa Al Quran adalah kalam Allah dan al quran seolah olah satu dialog Allah dengan dirinya sendiri. Akhirnya setelah hampir 10 tahun pengajian dan penelitian tentang al quran, sirah nabi dan hadis,  beliau mengumumkan keislaman beliau.

Keistimewaan wuduk
Dr Abdullah juga menerangkan bahawa wuduk yang sempurna mampu menjaga kesihatan badan. Ini kerana terdapat penyakit yang disebabkan oleh sel sel kulit yang mati. Apabila sel kulit ini terkumpul terutama diantara celahan jari, ia boleh menyebabkan penyakit yang kronik.

GBS kali ini

Brother Kamaruddin bertanyakan persoalan tentang pandangan Dr. Abdullah tentang agama buddha. Dr Abdullah menyatakan bahawa ajaran Buddha banyak berkaitan dengan moral. Namun kebanyakan pengikut tidak mengamalkan kepercayaan mereka.

Rakaman video ada dibuat, insyaAllah akan dikongsi untuk manafaat bersama.

GBS dan Dr Abdullah


InsyaAllah jumpa lagi

Thursday, July 22, 2010

usrah bowling 21 Jul 2010

Assalamualaikum semua pembaca usrah GBS,

semalam berlangsung usrah, kali ini ialah riadah bowling, satu pin tumbang bersamaan dengan seorang tentera IDF.

antara peserta kali ini ialah, amir, hafiz, saiful imran, wan zaki, wan zul, kamarudin leong, shahril dan naqib kita akhi yusni. Azam tak dapat ikut sebab demam, moga cepat sembuh.

kamarudin strike dengan yang lain memerhati "scoreboard"
amir, wan zul dan imran dalam satu pasukan
kamarudin dan hafiz, striker lane masing masing

riadah bowling untuk merapatkan ukhuwwah
aksi para pemain bowling harapan lane masing masing


zaki strike
amir pun strike
imran strike juga
minum minum dulu sebelum bersurai
InsyaAllah akan diteruskan lagi dengan aktiviti aktiviti riadah lain seperti futsal pada masa depan dalam merapatkan ukhuwwah lillahi taala.

Wednesday, July 21, 2010

Ceramah Dr Abdullah: dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan

Assalamualaikum buat semua pembaca usrah GBS,




Ceramah 26 Julai
insyaAllah pada minggu depan, akan ada satu ceramah yang menarik daripada seorang yang terkenal,
Dr Abdullah ( Periyar Dasan ) PHD di USM, Beliau yang merupakan seorang pakar bahasa akhirnya mendapat hidayah dan memeluk islam. Beliau meyakini bahawa Al Quran adalah kalam Allah, bukannya tulisan dan rekaaan manusia.

InsyaAllah jumpa disana beramai ramai

Sunday, July 18, 2010

rehlah usrah usm dan jaulah mee udang

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakaatuh,
selawat dan salam keatas Rasulullah,

dalam berusrah kita hendak membina tautan ukhuwwah,
aktiviti aktiviti rehlah bertujuan mengeratkan ukhuwwah,
semoga dengan kita berada dalam rangkaian rakan rakan yang saling ingat mengingati dalam kebaikan dan mencegah kebatilan,

rehlah kali ini diadakan di pantai jerejak, pada 17 Julai 2010. Rehlah bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1.45 petang.

Antara aktiviti rehlah kali ini ialah:
1. memanggang ayam
2. taaruf
3. memancing
4. tazkirah


ikhwah PMC memberi tazkirah sebelum semua menjamu selera

ikhwah ikhwah USM, band of brotherhood in islam.

remaja pun turut sama dalam rehlah kali ini ( afiq izzudin dan hilmi tan )

azam, zhafri dan rakan rakan lain

Jaulah Mee Udang dan Ketam segar
Pada hari ahad, azam telah menjemput saya untuk menjamu selera di restoran mee udang. Alhamdulillah rezeki kami murah. Kami bercadang untuk datang dengan ahli usrah yang lain pada masa depan insyaAllah.

Pengalaman habis minyak motosikal
Selepas habis menjamu selera, kami berjaulah lagi ke Gertak Sanggul dan kehabisan minyak moto. Alhamdulillah dipermudahkan urusan ada pak cik kenalan azam yang sudi menolong membeli minyak motosikal. Selepas itu kami solat berjemaah di Masjid Sungai Batu. Banyak pengajaran juga dari jaulah kami pada hari ini selain dapat berbincang.

mee udang dan ketam, alhamdulilah

Friday, July 16, 2010

Persediaan menemui ramadhan


Assalamualaikum buat semua usrah GBS,



ramadhan semakin dekat,
jadi kita seharusnya memperbanyakkan persediaan untuk menghadapi ramadhan,

antara yang boleh dilakukan ialah:
1. memperbanyakkan puasa sunat
2. membiasakan diri bangun awal pagi, qiam dan bersedia untuk ke surau, masjid
3. memperbanyakkan sedekah
4. memperbanyakkan bacaan dan kajian terhadap al quran

[39]
Kecuali puak Kanan,
[40]
(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
[41]
Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
[42]
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?”
[43]
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
[44]
“Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

Moga terhindar kita semua dari menjadi sebagaimana situasi apabila ahli ahli syurga melihat keadaan ahli neraka saqar

Friday, July 9, 2010

usrah ukhuwwah 7 Julai 2010

















































salam semua pembaca setia usrah GBS,

usrah minggu ini berjalan di rumah akhuna izuan di Transkrian,
agenda usrah kali ini ialah jamuan makanan yang sedap disediakan
tuan rumah, bacaan ma'thurat, perbincangan surah at tariq

moga ukhuwwah terus bersemarak, usrah terus berkembang di Transkrian, dan saling berkunjung kunjungan lagi






Ukhuwwah, setiap muslim itu bersaudara
ukhuwwah merupakan
antara perkara penting yang hendak diterapkan melalui tarbiah usrah. Ukhuwwah berdasarkan niat kerana Allah dan Rasul untuk menegakkan syariat islam didalam diri dan masyarakat. Moga ukhuwwah sentiasa bersemarak dalam diri.

sama sama kita renung hadis ke 13 dalam karangan hadith 40 Imam An Nawawi.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pautan