Assalamualaikum,
Berikut adalah beberapa nota yg sempat diambil dari kuliah tafsir hadith di surau lebuh nipah semalam (24/06/08)
Kuliah tafsir kali ini berkisar hadith berkenaan “kejarlah 5 perkara sebelum sampai 5 perkara.” Ustaz yg hadir kali ini bukanlah ustaz regular yg hadir setiap selasa malam. Ustaz minggu ni hanyalah pengganti utk ustaz regular sahaja. Pada mulanya, terdetik rasa hati yg mengatakan kuliah minggu ni mesti boring sbb ustaz nampak boring/tua sket tetapi…. Masyaallah ustaz ni memang berjaya membawakan intipati hadith dgn penuh keinsafan dan penuh “feel” Dah lama aku tak dengar ceramah ustaz yg dapat membuai jiwa aku sejak sekian lama tetapi ustaz ni memang betul2 berjaya make my day...walaupun ke”masyukan” ustaz ni takde la smpai tahap Sheik Mukhtar Maghroui (ustaz favaourite masa kat US dulu)… ustaz kali ni kelebihannya dia memang pandai Arab walaupun agak tua…rupa2nya dia belajar kat Azhar dulu…Subhanallah!
Seperti yg kita maklum, 5 perkara sebelum 5 perkara tu ialah:
Kejarlah waktu hidup sebelum mati
Kejarlah waktu muda sebelum tua
Kejarlah waktu sihat sebelum sakit
Kejarlah waktu lapang sebelum waktu sempit
Kejarlah waktu
Ustaz hanya sempat kupas satu point je dari diatas tu pun dah cukup bagus (masa terhad, antara maghrib dan isyak aje)
Antara point penting ceramah:
Kitaran hidup insan sgt singkat. Umpama bunga yg mulanya tumbuh dari benih (waktu kecil) kemudian makin lama makin membesar sehingga tahap kembang mekar (waktu muda/belia) dan kemudian mula kucup dan makin layu (waktu tua) dan lama kelamaan akan kering dan gugur kebumi (mati). Begitulah singkat nya hidup manusia ini
Ustaz lebih menekankan peri pentingnya memanfaatkan waktu muda kita (shabab) kerana diwaktu inilah kita bak bunga kembang dan kita mampu dari segi kekuatan utk memakmurkan shariah Allah dimuka bumi ini sesuai dgn hakikat tujuan hidup kita dibumi ini iaitu utk menjadi penyebar agama Allah.
Tetapi harus diingat wahai pemuda (shabab) kerana menurut satu hadith lagi ada menyebut bhw---à wahai syabab…janganlah engkau terlalu berbangga dgn kemudaan mu (shababika) kerana diwaktu muda juga Allah boleh mengambil nyawamu. The point is jangan ingat org tua saja yg akan mati dulu, kerana org muda juga jika dikehendaki Allah akan dipanggil semula kepada nya Rabbul Jaleel.
Menurut hadith lagi lebih kurang bermaksud-----à wahai insan…janganlah engkau terlalu seronok dengan dunia (hiburan berlebihan etc) kerana kehidupan ini hanyalah sementara.
Kalau boleh, berilah anak2 yg yg baru lahir dengan susu ibu kerana susu ibu jauh lebih tinggi khasiatnya…kandungan antibody yg lebih tinggi. Ustaz bagi contoh anak dia yg memang jarang kene penyakit/demam etc.
Memanglah lelaki itu lebih kuat drpd wanita tetapi dari beberapa segi lelaki tak dpt menandingi kekuatan wanita, antaranya:
- Syurga dibawah telapak kaki ibu. Mana tidaknya, cinta/saying ibu terhadap anak selalunya jauh lebih tinggi drpd sayang ayah kpd anak. Ibu lebih sanggup bersengkang mata memastikan bayinya tidur dahulu sebelum dia sendiri tidur
- nikamat melahirkan anak hanya diberikan kepada ibu.
3 golongan yg disukai Allah dan 3 golongan yg LEBIH disukai Allah:
Org yg pemurah disukai Allah, tetapi org fakir yg pemurah LEBIH disukai Allah
Org yg tawaddhuk disukai Allah, tetapi org kaya yg tawaddhuk LEBIH disukai Allah
Org yg bertaubat disukai Allah, tetapi org muda (shabab) yg bertaubat LEBIH disukai Allah
Kesimpulannya, ustaz memang sgt2 menekankan perlunya pemuda-pemudi memanfaatkan waktu muda yg singkat ini kerana apabila kita tua nanti kita selalu akan menyesal kerana tidak menggunakan sepenuhnya waktu muda kita itu utk memakmurkan agama Allah dan memajukan diri sendiri.
Diwaktu muda inilah juga perlunya insan mengayakan dirinya dengan ilmu kerana ilmu amat bermanfaat utk kemaslahatan agama kita.
-------------------notes telah diubahsuai mengikut gaya penulisan penulis----------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment