Wednesday, June 18, 2008
Trip to Kelantan Report
SABTU; 14 Jun 2008
Alkesah.. tersebutlah kesah 2 orang jejaka yang berkelana menaiki kereta kecil menuju ke Kelantan darul Naim. Niat ke sana adalah atas tugas rasmi menghadiri mesyuarat oleh salah seorang jejaka berkenaan, sorang lagi turut serta memeriahkan perjalanan.
Kali ni memang terasa kehausan minyak kereta apabila dikira-kira, kos minyak menuju ke sana (+-340km) menelan kira-kira 24litre minyak. Pertambahan hampir 40% dalam RM berbanding kos sebulan lepas. Bertolak pagi2 dan sampai tghari di sana. Panas x terkata. Terus pegi cari Nasi Kak Wok.
Antara aktiviti dilakukan pada malam hari ialah Ke pasar borong Wakaf Che Yeh melihat barang2 murah. Kebetulan juga malam tu kami sempat mengikuti Kuliah Tafaqquh Diddin, mendengar tafsir Suroh Al-Fatihah dari Kitab Tafsir Al-Munir, oleh Imam Wahbah Azzuhaili. Dengan kupasan lengkap dengan ikrob lughowiahnya.. Antara point yang ingat ialah;
HIDAYAH ada 5 jenis ; hidayah aqli, hidayah, fitri, hidayah hawas,(2 lagi dah lupaaaaa..)
AHAD; 15 Jun 2008
Paginya Breakfast nasi berlauk ayam kampung. Tengharinya, kami berkesempatan membeli beberapa kitab di Gedung Buku Jaafar Rawas yang ada berbagai2 jenis buku, kitab2, CD, kaset dan produk2 ibadah. Makan tengahari di kedai nasi sup ayam panggang di pinggir KB.
Pada sebelah petang hari Ahad, kami ke Pantai Cahaya Bulan melihat keindahan batik klantan serta menikmati makanan laut di gerai ujung skali..
ISNIN; 16 Jun 2008
Paginya Breakfast nak cari nasi berlauk itik serati, tapi tak ade. Makan nasi berlauk ikan aya saja. Selepas tu bergerak n shopping ke Kedai Keropok Lekor. Then ke umah atuk tanya khabar. Pastu bergerak ke Penang.
Jam 12 thgari singgah di Rantau Panjang. Suasana cukup panas n hangat. Keadaaan agak lengang, tidak ramai pengunjung. Kami jalan2 window shopping and terbeli baju plak.
Jam 2ptg, kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan kami terserempak ngan seekor Pak Gajah dekat empangan Pergau. Kemudian kami berhenti amik angin di bawah jambatan Tasik Banding, suasana cukup nyaman sekali. Melihat sekumpulan pemuda yang baru sampai di Jetty dengan bot membawa seguni ikan2 yang nampak besar jugak la. Wah, teringin rasa ingin memancing di situ satu hari nanti..
Jam 7ptg sampai di Penang, singgah makan di kedai sebelah kayu nasi kandar dan smayang magrib di Surau Nipah Lebuh dan pulang ke rumah masing2..
Sekian, laporan lengkap..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wahh sungguh lengkap.....bermanfaat trip ni.....
Post a Comment