Monday, June 9, 2008

Trip to Cameron Highlands

Episod 1: Yok kita gerak
Kami berkumpul di hadapan Prima View dan bergerak ke Surau Leboh Nipah selepas azan subuh di laungkan.Selesai solat subuh berjemaah, kami bergerak menuju ke destinasi. Alhamdullilah bridge lengang pagi itu.. kelaparan kami berhenti sarapan di kedai mamak Karisma Simpang Pulai.

Episod 2: Naik ke highland
Perjalanan ke cameron mengikut jalan simpang pulai agak berliku2. tiada banyak kenderaan sehingga kami tiba di Kampong Raja. Sepanjang perjalanan kebun2 sayur terbentang hijau.Pekan Kg. Raja agak sesak, kurang perancangan bandar di sini. Sungai kecil sudah mula dicemari. banyak truck and pick-up (Landrover lama) di sini. Hampir semua mempunyai sticker 'CH' di kenderaan masing2. Kami kemudian melalui Pekan Brinchang dan lebih banyak kebun, kedai dan pasar tani. Tingkap kereta dibuka, tidak lagi pasang aircond kerana kami rasa aircond dok dalam kami skarang.

Episod 3: Restauran Kelantan di Tanah Rata
Kami melalui Pekan Tanah Rata yg juga penuh sesak dgn kenderaan di kiri kanan. dan tidak jauh dari pekan, kami tiba di restauran Emak 4M1R. Menjamu selera nasi kerabu ....mengisi perut yg lapar :)


Selera Klante! Sila la datang


Taukey kedai dan geng-bas-sekolah nya

Bersama geng-bas-sekolah dan Ayah-Ngah

Episod 4: Ladang Tea Cameron Bharat
Kami ke ladang Tea Cameron Bharat! Subhanallah (maha suci ALlah yang menciptakan) bukit terbentang luas. Tapi tidak seluas Bandung katanya F4iz4l. Lepas tu kami bgerak ke depan skit, merasai nikmat secawan tea panas di Tea Shop. Disana berlaku expidisi memanjat bukit melalui jalan denai pokok2 teh.. Kami dapat merasakan kelenguhan betis memanjat seperti yang dirasai oleh seorang pekerja ladang teh..

4 jejaka kembara berkelana..

Luas ladang teh

Hati2 Abe....Pak Syed ......tanah tu licin...
Sudah bersedia mau memetik teh
Di balik ladang teh....kami gembira
Ok...jgn bergerak...posing ni dah menarik ni...say cheese........


Episod 5: Chalet di Kg Sedia
Dari awal lagi, kami cube booking hotel, semua hotel dah penoh. Jadi kami dapat chalet di Kg Sedia, satu-satunya kg melayu terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang. 2 buah katil dan dilengkap dgn bilik air. Kami berehat sebentar sementara menunggu asar...Dingin di sini.. Suhu rasanya dibawah 20 darjah celcius.. Ggrrrrr


Inilah chalet kami!

Tilam empuk, gebar yg gebu.....

Episod 6: Shopping di Brinchang
Selepas solat Jamak, kami menuju ke Brinchang. Penuh parking slots di sini (2 kali pusing baru dapat park). Kedai pertama kami singgah ialah Kedai Teh di Pekan Brinchang. Aneka teh di jual. Then masuk ke Kedai Kraftangan jap. Kemudian berjalan kaki ke Pasar Malam Berinchang (Carpark depan Brinchang Police Station). sayur2 murah. . banyak brg2 bertema kan stawberry di sini. Pastu kami singgah di Tapak Niaga Koperasi ATM depan pasar malam. Tengok banyak bajusejuk bundle and produk China dijual. Hujan mula turun renyai2. Malam tu kami lihat ramai betol orang berpayungkan Payung Strawberry. Perut kami kelaparan.. Kami kemudian ke kedai Tomyam menjamu selera. Pekena ikan siakap 3 rasa. Hujan mula lebat dan kami pulang ke Chalet


Pekan Brinchang yang sesak nak parking..
Kedai tea yang paling murah di CH..



Hidangan selera tomyam..



Makanan sudah habis!

Episod 7: Dingin Malam
Tiba di chalet, tarik selimut....... Kesejukan yang melampau. Puas kami cari suiz aircond nak tutup aircond.. Tapi tak jumpa2.. Huhu

Episod 8: Ayuh bangun
Laungan zikir dan ayat Quran Surau Kg. Sedia mengejut kami. Kami subuh berjemaah di surau terletak tidak jauh dari chalet. Selepas subuh, berjalan2 (morning walk) di sekitar kg. .. menghidup udara yang segarrrr.. ahhh.. dan kemudian menikmati teh panas.. Hujan mulai turun kembali. Apalagi suasana sedemikian menyebabkan kami sambung tidur.. Semua kami tertidor lena (cam cite Ashabul Kahfi la plak) . Bangun2 je tido, kami lihat hanya ade 2 kereta diluar.. Maknanya semua orang dah check-out sewaktu kami lena diulik mimpi pagi.. Selepas berkemas2.. kami kemudian ke Ladang strawberry Al Mashoor tak jauh dari chalet. Dan singgah sekejap di Hutan Lipur Parit.. ada sungai dan jambatan gantung disitu.. suasana yang nyaman tapi sayangnya sungai agak tercemar sedikit..

Inilah dia pokok strawberry!
Cantik juga bunga2 ni...bole letak di office

wangi ke daisy ni?
Ladang strawberry dari jauh
merah, putih dan sekuntum bunga

Selamat Datang ke Al Mashoor!

Inilah Hutan Lipur....jom mandi
Apa sudah terjadi?
...anak di rumah di susukan..kera di hutan tidak di beri makan...
Mari pulang.....kita mandi di Bukit Hijau la..

Di hadapan Hutan Lipur Air Terjun Parit ...

Episod 9: Sarapan
bergerak ke Tanah Rata utk mengeluarkan $ , beli paper dan bersarapan

Episod 10: Mari ke pasar Tani
perjalanan pulang, kami ke Pasar Tani Brinchang (tapak pasar malam semalam). Kami tgk peniaganya pon orang yang sama macam semalam.. Membeli sayur, strawberry, jeruk, kerepek..penuh bonet kereta.

Pekan Berinchang
Jom2 ke Pasar Tani...bnyk lagi mau di beli


Masam nyeeee...
Murah2......hensem boy......murah2
Bunga buat yg tersayang.......


pokok2 juga ada dijual
murah2...sayur2 tu semua 13 paket for $10
nak beli ke tak nak?
Inilah Pasar Tani Pekan Berinchang

Episod 11: Kea Farm
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Kea Farm.. Satu lagi kawasan penuh dgn tourist utk membeli brg2. membeli jagung manis, menawar2 harga.Letih bertawar-menawar dengan cewek2 indon. Mereka bijak berkomunikasi, ada yang pandai speaking, ada yang pandai cakap cina, ada gak yang pandai tamil.. Terkasima kami dibuatnya.. Kami kemudian menuju ke Ipoh utk pulang


Aiskrim strawberry....
Enak juga lepak di sini ye
Dekorasi laman...
Next-in-the-line........
betul ke rama2 ni dalam bekas ni?

Di Kea Farm..nak beli ke tak nak
EQ...........
Howdy!!!....

Episod 12: Ipoh mali
kami singgah di Ipoh, ke Jusco utk makan ptg dan bersembahyang di masjid bersebelahan hospital ipoh

Episod: Tamat
tiba di Penang dlm jam 9, bridge agak lengang..alhamdulillah sudah tiba

Kembara
sejauh perjalanan ini
mahu lekas tiba di puncak
hati ini tersentak
masihkan islam di sini?

sedingin tanah tinggi ini
sehirup teh yang masih panas
hati ini tersentak
masihkah iman di sini?

kembang bunga menjadi
segar sayur dan buah
hati ini tersentak
masihkan ikhlas di sini?

Cameron
kembara kita di penghujung
syukur kita kepada ilahi
semoga esok
adalah lebih baik



note: tak dpt nk masuk acct gbs, lupa password. tlg tambah..

6 comments:

Anonymous said...

bestnyer... hehhe... aku nak ikut korang tak kasi...

ruchan said...

alaa hang yg xmau join.....omar

usrah-gbs said...

sejuuukkkk.....

ruchan said...

bkn sejukkk..ala suam2 kuku je...

Anonymous said...

tak puas makan strawberi sehh... kalo ada balance bwk ke usrah nnt yer... :)

Fourzie's Blog said...

pernah pergi gak kat cameron tu. mmg best.. sejuk sampai kecut satu badan hhaaha pengalaman petik sendiri strawberry paling best.. lepas ni bulan 10 nak bawak member2 ofis pulak pergi..