Saturday, December 13, 2008
Kenduri Usayd
Thursday, December 11, 2008
CALL FOR PAPERS : JOURNAL OF ADVANCED MANUFACTURING
- Communication and Computer Engineering,
- Industrial Automation and Robotics,
- Automotive Engineering and Energy
- Manufacturing Process, Technology and Design
- Software Engineering
- Technology Management and Entrepreneurship
- Soft Skills for Engineers and Technologist
Paper Submission : Further information on preparation of manuscript can be reviewed at details for paper submission. Please refer to the sample provided with regards to references.
For further inquiry please contact:
Professor Dr. Md. Dan Md. Palil
Editor
Journal of Advanced Manufacturing Technology
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Locked Bag 1200, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh 75450 Melaka
Tel : 06-2332610, 06-2332275
Fax: 06-2332414/3137
Email : dr.dan@utem.edu.my
azmi@utem.edu.my
website: www.utem.edu.my/jamt08
GUIDELINES FOR CONTRIBUTORS
JAMT JOURNAL ARTICLE RECORD FORM
Tuesday, December 2, 2008
Jemputan Walimah Anakanda Haji Rashid & Kak Zah
Kepada ahli JIM-PP, ana dan isteri (Kak Zah) dengan rendah hati ingin menjemput tuan/puan suami/isteri serta keluarga ke majlis walimah anakanda kami Usayd bin Mohd Rashid seperti berikut, rujuk lampiran kad :
Tarikh : 13 Disember 2008 @ 15 Zulhijjah 1429H (Sabtu)
Masa : 12.00t/hari - 5.00ptg
Tempat : Perkarangan Surau Bandar Bayan Baru, Tingkat Mayang Pasir, Bayan Baru.
Objektif majlis ialah untuk mengwara-wara perkahwinan anakanda kami dengan pasangannya Aween, anak saudara PM Zainal Alimudin, juga saudara Zainal Adlishah.
Majlis ala-kadar sahaja... jemputan 800 orang, memanfaatkan
i. akhi Talha dan En Aris sebagai CHEF utama
ii. Najib sebagai Deejay, nasyid sek ITQAN
iii. PA System SRI-SMI ITQAN/ISLAH
iv. Persembahan "Juara Teh Tarik M'sia" (En Jalil, saudara baru)
v. Persembahan 'silat' gayung kanak-kanak oleh Kumpulan Ros SUE
vi. Mohon sukarelawan 5+5 Wanita JIM (BD & TL) / Muallimah SRI-SMI untuk jadi Bentara
Apa pun, bila buat di surau, "... JOM SOLAT DULU..." Zuhur & Asar berjemaah, 1.13pm dan 4.36pm.
Kepada yang terima kad, dijemput hadir, kepada yang tak terima kad, dan hajat nak hadir, dijemput hadir, sambil meraikan jamuan kami, boleh bersilatur-rahmi dengan ahli dan rakan JIM yang lain.
Awal-awal lagi kami mohon maaf di atas apa jua kekurangan...
Mohon doa majlis diberkati Allah.
Terima kasih & wassalam,
Haji Rashid & Kak Zah
Monday, December 1, 2008
Jemputan Perkahwinan Yusri
Dengan penuh kesyukuran dan dengan segala hormatnya,ingin menjemput ikhwah & akhawat sekalian kemajlis kesyukuran saya,
dan
(di sebelah pengantin lelaki)
SABTU, 13 DISEMBER 2008, 15 ZULHIJJAH 1429H
12.00 tgh - 8.00 malam
di alamat
Lot 1752, Kg Badak Mati, Pauh Lima
16090 Bachok
Kelantan
Boleh hubungi saya di;
YUSRI BIN HJ YAAKUB 019-4620140
Wassalam
Sunday, November 30, 2008
Update lagi
- alhamdulillah setelah sekian lama nya, kami akhirnye selamat juga ber-usrah & ziarah rumah Amir di Minden Heights....Usrah di mulakan dgn discussion mengenai fatwa yoga kemudian tafsir Al Fajr.....
- menu malam tu.....roti tesco, air teh panas cameron berperisa & cendawan goreng special ala klate
cendawan goreng...nyum2
2. Melawat Putera Aidi ~ nama nya Aiman Safwan
Abg Suffian sdg tgk2 hadiah Adik Aiman dpt
inilah Mujahid baru.....Aiman Safwan
Monday, November 24, 2008
Sunday, November 23, 2008
Aktiviti GBS
1. Usrah di rumah Syed Faizal -- maaf tiada gambar sbb sejurus shj Sharifah nampak Pak Zabri dia terus nangis, lari masuk blik and tido
2. Panjat Bukit Jambul - wiwi...2x kitorg panjat sama2 pagi2..syiok then terus ke Tun Sardon utk sarapan
3. Fun RUN @ Penang Bridge Marathon...~ Adlan ada picture x?- ada surau kat Jeti Jerejak tp yg slack xde tpt wuduk....~ penuh org parking kat area pantai jerejak
4. Usrah Rumah Syaaban lagi as usual menu nya ialah mee with tomyam sup
5. Yusuf Estes...ceremah Yusuf Estes yg sgt menghiburkan.....all the jokes answered ceramah topics & audiences Q&A...hari terakhir di USM mmg FULL
6. Qiyam @ Lebuh Nipa htgk video Sang Murabbi..then pagi tu bgn qiyam
Saturday, November 1, 2008
Update
Wednesday, October 29, 2008
Isu Semasa- Isu Masjid
Pada hari Ahad yang lepas 26/10/08 dalam warta jam 12 tv1, saya tertarik dengan 2 isu masjid yang diutarakan dalam warta Berita tersebut.
1) Cadangan menubuhkan isu masjid cina. - cadangan YB Kulim agar kerajaan membina sebuah Masjid Cina, yang mana senibinanya berasaskan senibina bangunan Cina, malah dicadang agar khutbah juga dalam bahasa mandarin. Jika sebelum ini, kita dah ada masjid pakistan, masjid india dll., so now its the time to build masjid cina pulak. Cadangan ini juga disokong oleh Saudara Ang Wan Seng, AJK persatuan Cina Muslim M'sia (Penulis buku Islam di China). Kepelbagaian jenis masjid ini sedikit sebanyak akan mengurangkan persepsi bahawa Islam di Malaysia ini hanya identiti orang Melayu. Islam bukan agama orang Melayu. Terapi Islam adalah untuk semua bangsa. >> "Wa ma arsalnaka illa rohmatan lil a'lamin"...
Sebagai contoh di Hong Kong, ada komuniti cina moslem di sana, darisegi fizikal, mereka sama dengan orang lain. Cuma dari segi pemakanan dan cara hidup berbeza sedikit. Di Hong Kong Islamic Centre, ramai bangsa menghidupkan masjid terutamanya bangsa Pakistan yang dtg bekerja di situ serta orang Indonesia yang turut mengadakan kelas2 agama di situ. Malah di HK, kedai makan cina moslem di Kowloon City, sentiasa penuh & menjadi rebutan masyarakat cina (bukan muslim).
Di China, tedapat sebuah masjid tertua di area Xian Yang yang populasi cina moslem antara teramai di negara itu. Islam telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, Sa`ad ibn Abi Waqqas, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China.
2) Ruang masjid Sg. Nibong - Selalu dok pi solat kat masjid ni, tapi jarang pi solat jumaat, tapi bila saya tengok dalam berita haritu baru tersedar masa solat Jumaat, jemaah melimpah sampai ke kaki lima dah ke seberang jalan bawah jejambat. Maknanya jemaah yang bawah jejambat tu terpisah ngan jemaah masjid by jalan raya yang sibuk. Mengikut kata Pak Imam, setakat ni, dah 5 orang maut (harap2 mati syahid) sebab terpaksa bersolat di seberang jalan raya tu. Dalam berita, AJK masjid memohon bantuan kerajaan negeri n pusat untuk memperbesarkan masjid. Tapi bila tgk ruang macam dah penuh, sebelah kanan ada kubur belah depan jalan raya, belakang maybe boleh, tapi kena makan ruang parking la.. Mudah2an, kes masjid sg. nibong ini mendapat tempat di mata pihak berwajib.
Friday, October 24, 2008
Khutbah Jumaat Masjid Glugor 24 Oct
Salam GBS, sekadar perkongsian ilmu (wazakkir fainnazzikro tanfaul mu'minin)
Point dari Khutbah di Masjid Glugor hari ini (tak tau la plak sapa khatib) ;
1. Hukuman pada pencuri, penzina jika mereka terlepas dari hukum hudud di dunia. Di akhirat kelak mereka akan menerima azab di neraka. Cth : Penzina - ada ular yang besar akan mematuk kemaluan penzina selama 70 tahun. Hukum hudud di dunia adalah kafarah dari Allah jika selepas hudud mereka bertaubat.
2. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" - Melayu memang akan hilang didunia, tetapi Islam kekal hingga ke akhirat. Tidak salah kita memperjuangkan bangsa kita, tetapi mestilah berasaskan Islam. Ketuanan Melayu yang TIDAK bersandarkan ISLAM memang akan hilang dan pudar. Tidak kira apa bangsa sekalipun, jika diperjuangkan tanpa berasaskan agama Islam, tidak akan berjaya. Akibatnya.. Menang sorak kampung tergadai. Contoh : Orang Arab yang berjuang atas bangsa Arab, bukan sebab Islam. Akhirnya mereka terpaksa bergantung harap dengan penjajah dari segi pembangunan, ekonomi dan seluruh sistem pembangunan negara Arab.
3. Ibubapa yang MANDUL, bukanlah mereka yang tidak mempunyai anak. Tetapi mereka ialah ibubapa yang mempunyai anak, tetapi tiada seorang pun antara anak mereka yang menyampaikan doa/pahala kepada mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh itu, didiklah anak2 dengan ilmu agama sejak kecil. Ajar mereka solat, baca quran dan asas2 islam..
Monday, September 29, 2008
Alhamdulillah... Usrah-GBS OST :)
(bukan original video clip - mulut tak sama suara)
Thursday, September 18, 2008
IFTAR PERDANA GBS
KERTAS KERJA CADANGAN - IFTAR PERDANA GBS
" IHYA RAMADHON BERSAMA GBS"
1.0 TUJUAN
1.1) Merapatkah ukhuwah fillah di kalangan ahli usroh GBS
1.2) Memberkati makanan di bulan Ramadhon al-Mubarok
1.3) Selaras dengan matlamat penubuhan GBS, suka benar ade majlis makan2 camni (a.k.a.KBN)
2.0 AHLI JAWATAN KUASA
2.1 ) Semua orang, tiada terkecuali.
2.2) Pandai2 la bagi tugas sapa nak masak, sapa nak hidang, sapa nak makan...
2.3) Sila infaq sedikit RM + duit tabung usroh
3.0 TARIKH : 17 September 2007 (Rabu) - Hari Nuzul Quran -_ DITANGGUHKAN
4.0 TEMPAT : katanye kat Teratak Pak Syed
5.0 MASA & AKTIVITI :
4.30 pm - Koyak bawang, siang ayam, siang ikan, siang malam etc.
5.00 pm - Solat Asar berjemaah
5.15 pm - Masak (bagi menjimatkan masa memasak, caranya senang saja, pi beli lauk kat bazar ramadan)
6.30 pm - Sembang2 sambil tunggu orang yg masak
7.00 pm - Boleh hidang dah, buat air ke, boh2 nasik ke
7.20pm - BERBUKA PUASA skit dulu (makan light food je) ##
7.25pm - Solat Maghrib Berjemaah
7.45pm - Makan besar sampai kol 8.15 + + Usroh skali
8.15pm - Gerak ke masjid/ surau for tarawikh
9.45pm - Tadarrus
PETUNJUk BERKAITAN:
## Diriwayatakan dari Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw berbuka dengan makan beberapa ruthaab ( kurma basah ) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R : Abu Daud dan Al-Hakim)
Rasulullah Shallallahu’alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang puasa untuk berbuka, maka baginya pahala sebagaimana pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.”
(Hadis Riwayat Ahmad (4/144, 115, 116, 5/192), at-Tirmidzi (804), Ibnu Majah (1746), Ibnu Hibban (895). Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
Monday, September 8, 2008
Perancangan Aktiviti GBS
Sunday, September 7, 2008
Jejak Faqir
Semoga Allah memudahkan hidup mereka....Ayuh Jejak...Faqir
Kuliah Subuh Dr Danial Sept 08
- Pengertian Taqwa oleh Ibn Mas'ud
- Taat, tidak melakukan maksiat
- Ingat Allah dan tidak lupa Nya
- Syukur dan tidak kufur
Thursday, September 4, 2008
F-A-Q Puasa..
• Apakah definisi puasa?
Puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan bersenggama mulai dari terbit fajar yang kedua sampai terbenamnya matahari.
Firman Allah Ta 'ala: " …….dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam ... "(Al-Baqarah: 187),
• Bilakah dan bagaimana puasa Ramadhan diwajibkan ?
Puasa Ramadhan wajib dikerjakan setelah terlihatnya hilal, atau setelah bulan Sya'ban genap 30 hari. Puasa Ramadhan wajib dilakukan apabila hilal awal bulan Ramadhan disaksikan seorang yang dipercaya, sedangkan awal bulan-bulan lainnya ditentukan dengan kesaksian dua orang yang dipercaya.
• Siapa yang wajib berpuasa Ramadhan ?
Puasa Ramadhan diwajibkan atas setiap muslim yang baligh (dewasa), aqil (berakal), dan mampu untuk berpuasa.
• Syarat wajibnya puasa Ramadhan ?
Adapun syarat-syarat wajibnya puasa Ramadhan ada empat, yaitu Islam,
berakal, dewasa dan mampu.
• Bilakah anak-anak kecil diperintahkan berpuasa ?
Para ulama mengatakan Anak kecil disuruh berpuasa jika kuat, hal ini untuk melatihnya, sebagaimana disuruh shalat pada umur 7 tahun dan dipukul pada umur 10 tahun agar terlatih dan membiasakan diri.
• Apakah Syarat sahnya puasa?
Syarat-syarat sahnya puasa ada enam :
1) Islam : tidak sah puasa orang kafir sebelum masuk Islam.
2) Akal : tidak sah puasa orang gila sampai kembali berakal.
3) Tamyiz : tidak sah puasa anak kecil sebelum dapat membedakan (yang balk
dengan yang buruk).
4) Tidak haid : tidak sah puasa wanita haid, sebelum berhenti haidnya.
5) Tidak nifas : tidak sah puasa wanita nifas, sebelum suci dari nifas.
6) Niat : dari malam hari untuk setiap hari dalam puasa wajib. Hal ini didasarkan pada sabda Nabi : "Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari sebelum fajar, maka tidak sah puasanya." (HR.Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa'i dan At-Tirmidzi). Ia adalah hadits mauquf menurut At-Tirmidzi.
Friday, August 22, 2008
Sunday, August 17, 2008
Monday, July 28, 2008
Sukan JIM Penang - Volleyball
Wednesday, July 2, 2008
Kisah Ulama' & Pramugari
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
Moral : Tunai Solat walau di mana berada.
Sunday, June 29, 2008
5 syarat membuat maksiat..
"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
1)
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"Ya!" tegas Ibrahim binAdham."Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
2)
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim kembali berkata kepadanya:"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
3)
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya! "Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?""Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
4)
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
5)
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."%Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.
" Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi"
Saturday, June 28, 2008
Tiada penangguhan nyawa dicabut...
Diadaptasi dari kuliah petang radio 3 penang jam 2.30pm, 26 Jun 2008.
Petang tadi masa tgh driving, terbukak radio n dengar kuliah oleh seorang ustat yg x dpt dikenalpasti siapa.. Antara point yg dapat diingat untuk dikongsi bersama;
Malaikat maut tidak akan menangguh-nangguh jika ajal kita telah datang. Kita tak boleh mintak tangguh, itu hak Allah terhadap kita, bukan hak orang. Jika kita nak masuk rumah kita sendiri, kita tak boleh mintak izin tangguh masuk, sebab itu hak kita. Tapi jika nak masuk rumah sendiri, boleh la tangguh mintak izin. Macam kita tanam pokok rambutan, bila berbuah, kita sebagai tuan pokok berhak petik buah tanpa perlu minta izin atau bertangguh. Begitu juga Allah ada hak untuk terus cabut nyawa kita sebab Allah yang menciptakan kita.
Semua yang ada pada kita adalah pemberian Allah. Gaji kita, kereta kita, rumah kita, tanah kita.. semua tu milik Allah. Kadang-kadang kita terlalu berkira apabila bersedakah di masjid, hanya jumlah wang yang kecil dikeluarkan. Kita anggap duit itu akan jadi milik orang lain, padahal, bila kita mati kelak, duit yang kita sedekah itulah yang akan jadi bekal kita di akhirat. Jika Allah nak tarik semua nikmatnya dari kita, maka tidak ada yang boleh menghalang. Oleh itu;
- jangan kita lalai dengan harta yang banyak,
- jangan kedekut infaqkan harta dijalan Allah,
- jangan leka dengan umur yang muda, masa yang panjang,
- jangan bangga dengan kesihatan tubuh badan yang sihat,
Semua itu milik Allah.....
Thursday, June 26, 2008
Usrah @ Rumah Izuan (25/06/08)
- Ada hadith nabi yg lebih kurang mafhumnya, Nabi berkata, "Aku teringin nak jumpa saudaraku." Sahabat di sekeliling terkejut lalu berkata..."Kami ni bukan saudaramu ke Ya Rasulullah?" nabi menjawab, "kamu semua adalah sahabatku/saudaraku jua tapi yg dimaksudkan dengan saudaraku adalah golongan yg terkemudian yg datang selepas kewafatanku tetapi mereka membuat kerja2 ku (membawa perjuangan Islam)." Apa yg penulis faham daripada hadith lah menurut kata Pak Naqib...Pembaca2 perlu merefer semula kpd hadith ini di kitab muktabar utk lebih kefahaman...:)
Tazkirah dr Syahrul..."Sifat Ar-Rahman" Allah:
- Maksud Ar-Rahman ialah Yg Maha Pemurah/Pengasih.
- Dalam Al-Quran ada 57 kali disebut perkataan Ar-Rahmaan
- Dalam Surah Al-Israa' ayat 110 ada ditekankan nama Ar-Rahmaan sebagai salah satu nama Allah
- Syeikh Muhammad Abduh pernah berkata, "Ar-Rahmaan adalah kasih sayang yg sempurna tetapi terhad. Setiap org akan mendapat Rahmaan Allah tak kira samada dia muslim, kafir bahkan Bukan manusia pun mendapat rahmaan Allah. Manakala Ar-Raheem pula bermaksud kasih sayang yg mantap, berterusan dan hanya utk muslim saja sampai akhirat.
- Abu Hurairah meriwayatkan dari nabi bhw lebih kurang maksudnya..."Allah memiliki 100 bahagian rahmat. Satu diturunkan lpd manusia yg disimpan pada hari akhirat utk dibhagikan kepada org yg beriman... lebih kurang maksud hadith...
Kesimpulannya, bersamalah kita mempelajari hadith dan cuba memahami tafsir hadith tersebut. Semoga segala kekurangan dan kesilapan dalam menulis maksud hadith2 diatas diampuni Allah!
p/s: Minggu depan Mat Zab ditugaskan merungkai Siafat"Al-Ghaafur" Allah... Silakan!
Wednesday, June 25, 2008
Nota kuliah tafsir hadith (Lebuh Nipah 24/06/08)
Berikut adalah beberapa nota yg sempat diambil dari kuliah tafsir hadith di surau lebuh nipah semalam (24/06/08)
Kuliah tafsir kali ini berkisar hadith berkenaan “kejarlah 5 perkara sebelum sampai 5 perkara.” Ustaz yg hadir kali ini bukanlah ustaz regular yg hadir setiap selasa malam. Ustaz minggu ni hanyalah pengganti utk ustaz regular sahaja. Pada mulanya, terdetik rasa hati yg mengatakan kuliah minggu ni mesti boring sbb ustaz nampak boring/tua sket tetapi…. Masyaallah ustaz ni memang berjaya membawakan intipati hadith dgn penuh keinsafan dan penuh “feel” Dah lama aku tak dengar ceramah ustaz yg dapat membuai jiwa aku sejak sekian lama tetapi ustaz ni memang betul2 berjaya make my day...walaupun ke”masyukan” ustaz ni takde la smpai tahap Sheik Mukhtar Maghroui (ustaz favaourite masa kat US dulu)… ustaz kali ni kelebihannya dia memang pandai Arab walaupun agak tua…rupa2nya dia belajar kat Azhar dulu…Subhanallah!
Seperti yg kita maklum, 5 perkara sebelum 5 perkara tu ialah:
Kejarlah waktu hidup sebelum mati
Kejarlah waktu muda sebelum tua
Kejarlah waktu sihat sebelum sakit
Kejarlah waktu lapang sebelum waktu sempit
Kejarlah waktu
Ustaz hanya sempat kupas satu point je dari diatas tu pun dah cukup bagus (masa terhad, antara maghrib dan isyak aje)
Antara point penting ceramah:
Kitaran hidup insan sgt singkat. Umpama bunga yg mulanya tumbuh dari benih (waktu kecil) kemudian makin lama makin membesar sehingga tahap kembang mekar (waktu muda/belia) dan kemudian mula kucup dan makin layu (waktu tua) dan lama kelamaan akan kering dan gugur kebumi (mati). Begitulah singkat nya hidup manusia ini
Ustaz lebih menekankan peri pentingnya memanfaatkan waktu muda kita (shabab) kerana diwaktu inilah kita bak bunga kembang dan kita mampu dari segi kekuatan utk memakmurkan shariah Allah dimuka bumi ini sesuai dgn hakikat tujuan hidup kita dibumi ini iaitu utk menjadi penyebar agama Allah.
Tetapi harus diingat wahai pemuda (shabab) kerana menurut satu hadith lagi ada menyebut bhw---à wahai syabab…janganlah engkau terlalu berbangga dgn kemudaan mu (shababika) kerana diwaktu muda juga Allah boleh mengambil nyawamu. The point is jangan ingat org tua saja yg akan mati dulu, kerana org muda juga jika dikehendaki Allah akan dipanggil semula kepada nya Rabbul Jaleel.
Menurut hadith lagi lebih kurang bermaksud-----à wahai insan…janganlah engkau terlalu seronok dengan dunia (hiburan berlebihan etc) kerana kehidupan ini hanyalah sementara.
Kalau boleh, berilah anak2 yg yg baru lahir dengan susu ibu kerana susu ibu jauh lebih tinggi khasiatnya…kandungan antibody yg lebih tinggi. Ustaz bagi contoh anak dia yg memang jarang kene penyakit/demam etc.
Memanglah lelaki itu lebih kuat drpd wanita tetapi dari beberapa segi lelaki tak dpt menandingi kekuatan wanita, antaranya:
- Syurga dibawah telapak kaki ibu. Mana tidaknya, cinta/saying ibu terhadap anak selalunya jauh lebih tinggi drpd sayang ayah kpd anak. Ibu lebih sanggup bersengkang mata memastikan bayinya tidur dahulu sebelum dia sendiri tidur
- nikamat melahirkan anak hanya diberikan kepada ibu.
3 golongan yg disukai Allah dan 3 golongan yg LEBIH disukai Allah:
Org yg pemurah disukai Allah, tetapi org fakir yg pemurah LEBIH disukai Allah
Org yg tawaddhuk disukai Allah, tetapi org kaya yg tawaddhuk LEBIH disukai Allah
Org yg bertaubat disukai Allah, tetapi org muda (shabab) yg bertaubat LEBIH disukai Allah
Kesimpulannya, ustaz memang sgt2 menekankan perlunya pemuda-pemudi memanfaatkan waktu muda yg singkat ini kerana apabila kita tua nanti kita selalu akan menyesal kerana tidak menggunakan sepenuhnya waktu muda kita itu utk memakmurkan agama Allah dan memajukan diri sendiri.
Diwaktu muda inilah juga perlunya insan mengayakan dirinya dengan ilmu kerana ilmu amat bermanfaat utk kemaslahatan agama kita.
-------------------notes telah diubahsuai mengikut gaya penulisan penulis----------------
Thursday, June 19, 2008
Usrah Farewell Geng Cooper
meehun, bubur durian cicah roti, puding jagong, jagung manis, teh..mengisi perut yg lapar......untuk more news ...can anyone update and post pictures?
For Tazkirah points pls view below link
http://usrah-camar.blogspot.com/2004/09/isna-datang-lagik-saturday-tongue.html
what is soo great of ISNA convention? http://www.isna.net/
*you meet Muslims! thousands of them...Hotels are full with Muslims and even Hotel mgmt dedicate one hall to be prayer room
* halal food..and u may get halal KFC from KFC-chicago!
*carpets, dates, fresh dates.....hijab.....it shopping time
*and lastly...great ceramah ranging from education, finance, health, matrimony (yes mencari menantu), Seerah (my fav)Tauhid and Feeqah....and u can choose which one to attend!...and yes there's seperate session for teens!with so many session....rambang mata which one to choose...and yes your notepad is now your best companion!
and this year convention will be in Columbus Ohio!
Wednesday, June 18, 2008
Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Isu Perubahan Iklim (Climate Change)
- Pengecilan produk telekomunikasi (cth: telefon bimbit) membawa kepada penggurangan penggunaan bahan-bahan pembuatan produk. Sebagai contoh, penggunaan bahan-bahan mentah seperti plastik, silicon, kuprum dan timah untuk membuat telefon bimbit akan berkurangan.
- Meningkatkan penggunaan teknologi komunikasi untuk berkomunikasi dan bekerja. Contoh: tele-sidang (tele-conference) atau bekerja di rumah (home-office). Ini akan mengurangkan penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan bakar seperti petrol, disel dan NGV dalam urusan mesyuarat atau bekerja.
- Di samping itu, peninggkatan penggunaan ICT dapat mengurangkan penggunaan kertas yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu.
Sebaliknya lebih banyak kita menggunakan ICT maka lebih banyak kita menggunakan tenaga elektrik. Maka perlu pula pihak yang lain (kejuruteraan elektrik kuasa) untuk mencari sumber-sumber penjanaan elektrik yang tidak mencemarkan alam.
Oleh itu, amat wajar juga para jurutera, penyelidik dan saintis dalam bidang ICT mencipta produk-produk ICT yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Ini sudah pasti akan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dalam penyelesaian masalah perubahan iklim dan pemanasan global.
Menurut International Telecommunication Union (ITU) [3], dianggarkan 2% hingga 2.5% pengeluaran gas rumah-hijau (greenhouse gas - GHG) adalah disebabkan penggunaan ICT. Namun, ICT juga boleh berperanan dalam mengurangkan perubahan iklim dan pemanasan global jika langkah-langkah yang dihuraikan di atas dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Atas kesedaran itu maka ITU telah menganjurkan 'ITU Symposia on ICTs and Climate Change' pada 15-16 April 2008 di Kyoto, Japan dan 17-18 June 2008 di London, UK.
Sebagai penutup, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ada peranannya dalam menyelesaikan atau mengurangkan masalah perubahan iklim dan pemanasan global. Teknologinya perlu berkembang untuk kebaikan masyarakat dunia. Justeru itu, para jurutera, penyelidik dan saintis dalam bidang ICT perlu menghasilkan teknologi ICT yang tidak mencemarkan alam sekitar seperti mana yang Allah telah nasihatkan dan sebutkan dalam Surah A'raaf dan Ar-Ruum.
Rujukan:
[1] Tafsir Al-Azhar. Oleh: Prof. Dr. Hamka
[2] Asia-Pacific Seminar on Climate Change (http://www.apnet.org/seminar/archives/14th.html)
[3] ITU and Climate Change (http://www.itu.int/themes/climate/index.html)
Trip to Kelantan Report
SABTU; 14 Jun 2008
Alkesah.. tersebutlah kesah 2 orang jejaka yang berkelana menaiki kereta kecil menuju ke Kelantan darul Naim. Niat ke sana adalah atas tugas rasmi menghadiri mesyuarat oleh salah seorang jejaka berkenaan, sorang lagi turut serta memeriahkan perjalanan.
Kali ni memang terasa kehausan minyak kereta apabila dikira-kira, kos minyak menuju ke sana (+-340km) menelan kira-kira 24litre minyak. Pertambahan hampir 40% dalam RM berbanding kos sebulan lepas. Bertolak pagi2 dan sampai tghari di sana. Panas x terkata. Terus pegi cari Nasi Kak Wok.
Antara aktiviti dilakukan pada malam hari ialah Ke pasar borong Wakaf Che Yeh melihat barang2 murah. Kebetulan juga malam tu kami sempat mengikuti Kuliah Tafaqquh Diddin, mendengar tafsir Suroh Al-Fatihah dari Kitab Tafsir Al-Munir, oleh Imam Wahbah Azzuhaili. Dengan kupasan lengkap dengan ikrob lughowiahnya.. Antara point yang ingat ialah;
HIDAYAH ada 5 jenis ; hidayah aqli, hidayah, fitri, hidayah hawas,(2 lagi dah lupaaaaa..)
AHAD; 15 Jun 2008
Paginya Breakfast nasi berlauk ayam kampung. Tengharinya, kami berkesempatan membeli beberapa kitab di Gedung Buku Jaafar Rawas yang ada berbagai2 jenis buku, kitab2, CD, kaset dan produk2 ibadah. Makan tengahari di kedai nasi sup ayam panggang di pinggir KB.
Pada sebelah petang hari Ahad, kami ke Pantai Cahaya Bulan melihat keindahan batik klantan serta menikmati makanan laut di gerai ujung skali..
ISNIN; 16 Jun 2008
Paginya Breakfast nak cari nasi berlauk itik serati, tapi tak ade. Makan nasi berlauk ikan aya saja. Selepas tu bergerak n shopping ke Kedai Keropok Lekor. Then ke umah atuk tanya khabar. Pastu bergerak ke Penang.
Jam 12 thgari singgah di Rantau Panjang. Suasana cukup panas n hangat. Keadaaan agak lengang, tidak ramai pengunjung. Kami jalan2 window shopping and terbeli baju plak.
Jam 2ptg, kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan kami terserempak ngan seekor Pak Gajah dekat empangan Pergau. Kemudian kami berhenti amik angin di bawah jambatan Tasik Banding, suasana cukup nyaman sekali. Melihat sekumpulan pemuda yang baru sampai di Jetty dengan bot membawa seguni ikan2 yang nampak besar jugak la. Wah, teringin rasa ingin memancing di situ satu hari nanti..
Jam 7ptg sampai di Penang, singgah makan di kedai sebelah kayu nasi kandar dan smayang magrib di Surau Nipah Lebuh dan pulang ke rumah masing2..
Sekian, laporan lengkap..
Saturday, June 14, 2008
Usrah 11 June
Surah Al Anfal ayat 34-42
Hadith #2 (sila lihat entry usrah minggu lepas utk hadith nya)
- Kaedah tarbiyah dgn cara Q&A sebagaimana yg dilakukan malaikat Jibrail dgn Nabi s.a.w uk mengajar para sahabat
- Hasan & Hussin cucu Nabi s.a.w mengajar seorang pakcik yg salah mengambil wuduk.
- Cara ini mengelakkan dari pihak yg hendak di ajar terasa malu, terasa jahil dan sebagainya
- Iman itu membenarkan
- Islam itu patuh dan menyerah
- Ikhsan itu yakin dan ikhlas
Tazkirah: Faizal
- kita selalu mengidam sesuatu....tp memikirkan apa yg kita sudah perolehi
- yakin pd setiap kesusahan, konsistent dgn amalan baik kita, tak mudah mengaku kalah, tawakkal dan mengganda kan usaha
Thursday, June 12, 2008
Finally...
alhamdulillah dapat jugak aku break-in blog ni as an author....
punyala payah nak invite diri sendiri....last2 dapat jugak...apapun thanks to Letchumi kerana memberi pinjam id dan password nye utk sementara waktu...
calos
Monday, June 9, 2008
Trip to Cameron Highlands
Kami berkumpul di hadapan Prima View dan bergerak ke Surau Leboh Nipah selepas azan subuh di laungkan.Selesai solat subuh berjemaah, kami bergerak menuju ke destinasi. Alhamdullilah bridge lengang pagi itu.. kelaparan kami berhenti sarapan di kedai mamak Karisma Simpang Pulai.
Episod 2: Naik ke highland
Perjalanan ke cameron mengikut jalan simpang pulai agak berliku2. tiada banyak kenderaan sehingga kami tiba di Kampong Raja. Sepanjang perjalanan kebun2 sayur terbentang hijau.Pekan Kg. Raja agak sesak, kurang perancangan bandar di sini. Sungai kecil sudah mula dicemari. banyak truck and pick-up (Landrover lama) di sini. Hampir semua mempunyai sticker 'CH' di kenderaan masing2. Kami kemudian melalui Pekan Brinchang dan lebih banyak kebun, kedai dan pasar tani. Tingkap kereta dibuka, tidak lagi pasang aircond kerana kami rasa aircond dok dalam kami skarang.
Episod 3: Restauran Kelantan di Tanah Rata
Kami melalui Pekan Tanah Rata yg juga penuh sesak dgn kenderaan di kiri kanan. dan tidak jauh dari pekan, kami tiba di restauran Emak 4M1R. Menjamu selera nasi kerabu ....mengisi perut yg lapar :)
Selera Klante! Sila la datang
Taukey kedai dan geng-bas-sekolah nya
Bersama geng-bas-sekolah dan Ayah-Ngah
Episod 4: Ladang Tea Cameron Bharat
Kami ke ladang Tea Cameron Bharat! Subhanallah (maha suci ALlah yang menciptakan) bukit terbentang luas. Tapi tidak seluas Bandung katanya F4iz4l. Lepas tu kami bgerak ke depan skit, merasai nikmat secawan tea panas di Tea Shop. Disana berlaku expidisi memanjat bukit melalui jalan denai pokok2 teh.. Kami dapat merasakan kelenguhan betis memanjat seperti yang dirasai oleh seorang pekerja ladang teh..
4 jejaka kembara berkelana..
Luas ladang teh
Hati2 Abe....Pak Syed ......tanah tu licin...
Sudah bersedia mau memetik teh
Di balik ladang teh....kami gembira
Ok...jgn bergerak...posing ni dah menarik ni...say cheese........
Episod 5: Chalet di Kg Sedia
Dari awal lagi, kami cube booking hotel, semua hotel dah penoh. Jadi kami dapat chalet di Kg Sedia, satu-satunya kg melayu terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang. 2 buah katil dan dilengkap dgn bilik air. Kami berehat sebentar sementara menunggu asar...Dingin di sini.. Suhu rasanya dibawah 20 darjah celcius.. Ggrrrrr
Inilah chalet kami!
Tilam empuk, gebar yg gebu.....
Episod 6: Shopping di Brinchang
Selepas solat Jamak, kami menuju ke Brinchang. Penuh parking slots di sini (2 kali pusing baru dapat park). Kedai pertama kami singgah ialah Kedai Teh di Pekan Brinchang. Aneka teh di jual. Then masuk ke Kedai Kraftangan jap. Kemudian berjalan kaki ke Pasar Malam Berinchang (Carpark depan Brinchang Police Station). sayur2 murah. . banyak brg2 bertema kan stawberry di sini. Pastu kami singgah di Tapak Niaga Koperasi ATM depan pasar malam. Tengok banyak bajusejuk bundle and produk China dijual. Hujan mula turun renyai2. Malam tu kami lihat ramai betol orang berpayungkan Payung Strawberry. Perut kami kelaparan.. Kami kemudian ke kedai Tomyam menjamu selera. Pekena ikan siakap 3 rasa. Hujan mula lebat dan kami pulang ke Chalet
Pekan Brinchang yang sesak nak parking..
Kedai tea yang paling murah di CH..
Hidangan selera tomyam..
Makanan sudah habis!
Episod 7: Dingin Malam
Tiba di chalet, tarik selimut....... Kesejukan yang melampau. Puas kami cari suiz aircond nak tutup aircond.. Tapi tak jumpa2.. Huhu
Episod 8: Ayuh bangun
Laungan zikir dan ayat Quran Surau Kg. Sedia mengejut kami. Kami subuh berjemaah di surau terletak tidak jauh dari chalet. Selepas subuh, berjalan2 (morning walk) di sekitar kg. .. menghidup udara yang segarrrr.. ahhh.. dan kemudian menikmati teh panas.. Hujan mulai turun kembali. Apalagi suasana sedemikian menyebabkan kami sambung tidur.. Semua kami tertidor lena (cam cite Ashabul Kahfi la plak) . Bangun2 je tido, kami lihat hanya ade 2 kereta diluar.. Maknanya semua orang dah check-out sewaktu kami lena diulik mimpi pagi.. Selepas berkemas2.. kami kemudian ke Ladang strawberry Al Mashoor tak jauh dari chalet. Dan singgah sekejap di Hutan Lipur Parit.. ada sungai dan jambatan gantung disitu.. suasana yang nyaman tapi sayangnya sungai agak tercemar sedikit..
Inilah dia pokok strawberry!
Cantik juga bunga2 ni...bole letak di office
wangi ke daisy ni?
Ladang strawberry dari jauh
merah, putih dan sekuntum bunga
Selamat Datang ke Al Mashoor!
Inilah Hutan Lipur....jom mandi
Apa sudah terjadi?
...anak di rumah di susukan..kera di hutan tidak di beri makan...
Mari pulang.....kita mandi di Bukit Hijau la..
Di hadapan Hutan Lipur Air Terjun Parit ...
Episod 9: Sarapan
bergerak ke Tanah Rata utk mengeluarkan $ , beli paper dan bersarapan
Episod 10: Mari ke pasar Tani
perjalanan pulang, kami ke Pasar Tani Brinchang (tapak pasar malam semalam). Kami tgk peniaganya pon orang yang sama macam semalam.. Membeli sayur, strawberry, jeruk, kerepek..penuh bonet kereta.
Pekan Berinchang
Jom2 ke Pasar Tani...bnyk lagi mau di beli
Murah2......hensem boy......murah2
Bunga buat yg tersayang.......
pokok2 juga ada dijual
murah2...sayur2 tu semua 13 paket for $10
nak beli ke tak nak?
Inilah Pasar Tani Pekan Berinchang
Episod 11: Kea Farm
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Kea Farm.. Satu lagi kawasan penuh dgn tourist utk membeli brg2. membeli jagung manis, menawar2 harga.Letih bertawar-menawar dengan cewek2 indon. Mereka bijak berkomunikasi, ada yang pandai speaking, ada yang pandai cakap cina, ada gak yang pandai tamil.. Terkasima kami dibuatnya.. Kami kemudian menuju ke Ipoh utk pulang
Aiskrim strawberry....
Enak juga lepak di sini ye
Dekorasi laman...
Next-in-the-line........
betul ke rama2 ni dalam bekas ni?
Di Kea Farm..nak beli ke tak nak
EQ...........
Howdy!!!....
Episod 12: Ipoh mali
kami singgah di Ipoh, ke Jusco utk makan ptg dan bersembahyang di masjid bersebelahan hospital ipoh
Episod: Tamat
tiba di Penang dlm jam 9, bridge agak lengang..alhamdulillah sudah tiba
Kembara
sejauh perjalanan ini
mahu lekas tiba di puncak
hati ini tersentak
masihkan islam di sini?
sedingin tanah tinggi ini
sehirup teh yang masih panas
hati ini tersentak
masihkah iman di sini?
kembang bunga menjadi
segar sayur dan buah
hati ini tersentak
masihkan ikhlas di sini?
Cameron
kembara kita di penghujung
syukur kita kepada ilahi
semoga esok
adalah lebih baik
note: tak dpt nk masuk acct gbs, lupa password. tlg tambah..